Hanya jadi ‘Pak Turut’ PAS, Bersatu takkan bentuk kerajaan sampai bila-bila – Dr. Faiz Na’aman

Bekas ahli majlis pimpinan tertinggi (MPT) Bersatu, Dr Muhammad Faiz Na’aman menyifatkan Bersatu hanya menjadi pak turut PAS dan sebagai pelengkap agenda politik jumud parti Islam itu.

Dia berkata demikian ketika mengulas coretan seorang ahli Bersatu yang mencadangkan agar kepimpinan parti itu dirombak.

Katanya, sekiranya Bersatu menjadi semakin ekstrem di bawah Perikatan Nasional, adalah sukar untuk parti itu membentuk kerajaan pusat memandangkan perkara itu hanya dapat dicapai melalui kerjasama dengan kaum-kaum lain.



“Sebab itu parti Bersatu kini sekadar jadi pak turut dan pelengkap kepada agenda politik jumud main sentimen 2R dari pihak PAS dan serpihan GTA (Gerakan Tanah Air) saja.

“Kita kalau jadi makin ekstrem sukar untuk bentuk kerajaan pusat kerana ia memerlukan kerjasama semua kaum termasuk blok Borneo yang ramai pribumi bukan Islam serta Muslim yang moderat.

“Kalau setakat nak mempertahan atau menawan negeri-negeri tradisional majoriti besar Melayu konservatif seperti Kedah, Kelantan, Perlis dan Terengganu itu bolehlah, PAS yang untung akhirnya pun,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Untuk rekod PAS merupakan parti yang paling banyak memengani kerusi Parlimen dalam kalangan parti PN.



Pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) PAS berjaya memenangi 49 daripada 79 kerusi Parlimen yang dimenangi PN.

PAS juga menguasai empat negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.

Muhammad Faiz mengingatkan Bersatu bahawa negara ini ditunjangi oleh Raja-raja Melayu yang mahu negara diuruskan dengan mengambil kira kepentingan semua pihak.

“Ingatlah, negara kita ada Raja-Raja Melayu dan Yang di-Pertuan Agong sebagai faktor penentu teratas keabsahan sesuatu kerajaan pusat tersebut.



“Dan baginda-baginda sekalian majoritinya jika bukan semua pun, seringkali menyeru agar negara kita ini ditadbir urus oleh kerajaan yang mewakili kepentingan semua pihak, seimbang dan moderat agar perpaduan dapat dikekalkan serta kemajuan dapat diteruskan,” katanya lagi

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Kahwin wanita Kazakhstan tak perlu wang hantaran – Fadlan Hazim

Adik lelaki bongkar Shila Amzah jual rumah sebab duit



Jangan nanti malaikat maut pun kau maki

GV10: Sah Elly Mazlein undur diri



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker