Zahid beri amaran, jangan politikan Belanjawan 2024

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berharap pembentangan Belanjawan 2024, semalam tidak dipolitikkan oleh mana-mana pihak.

Beliau berkata, pembentangan Belanjawan semalam adalah yang lebih baik daripada sebelum ini.

Katanya, pelan jangka panjang sudah ada dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).



“Kementerian ekonomi sedang menyusun pelbagai perancangan, jangan dilihat belanjawan satu tahun ini hanya dilihat dalam konteks keperluan semasa saja.

“Tetapi juga dilihat untuk jangka pendek dan jangka sederhana,” katanya selepas merasmikan Hari Sukan Negara Peringkat Kelantan 2023 di Taman Etnobotani, di sini, hari ini.

Beliau berkata, walaupun berbeza faham politik, soal ekonomi dan imej negara tidak perlu dipolitikkan.

“Yang penting, apa yang sudah ditekan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Menteri Kewangan sudah dicerakinkan dengan cukup komprehensif dan membabitkan semua golongan masyarakat.



“Saya fikir Belanjawan 2024 ini lebih baik daripada sebelumnya,” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Kahwin wanita Kazakhstan tak perlu wang hantaran – Fadlan Hazim

Adik lelaki bongkar Shila Amzah jual rumah sebab duit



Jangan nanti malaikat maut pun kau maki

GV10: Sah Elly Mazlein undur diri



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker