Ahli Parlimen Kepong persoal kemampuan pegawai polis beli jam Rolex RM400,000

Ahli Parlimen Kepong Lim Lip Eng meminta pihak polis memberikan penjelasan bagaimana seorang pegawainya mampu memiliki jam tangan mewah bernilai ratusan ribu ringgit.

Ini selepas seorang isteri pegawai polis didakwa di mahkamah majistret di Ipoh baru-baru ini atas tuduhan mencuri dua utas jam tangan mewah jenama Rolex milik suaminya tiga tahun lalu.

“Anggaran harga bagi dua buah jam yang telah dicuri adalah RM207,000 bagi Sky Dweller manakala RM198,000 bagi GMT Master-II 9.

“Sekiranya kita lihat kes ini dengan lebih dekat, terdapat beberapa perkara yang menjadi tanda tanya. Antara persoalannya adalah, apakah seorang pegawai polis mampu membeli barangan mewah yang harganya mencecah ratusan ribu ringgit?

“Tambahan pula, baru-baru ini juga kita didedahkan tentang pendapatan polis yang masih berada di takuk lama,” kata Lim.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh yang bergelar Datuk didakwa mencuri jam tangan Rolex Sky-Dweller (Model 326135) dan Rolex GMT Master-II 9 (Model 116718 LN).

Perbuatan itu didakwa dilakukan tertuduh di sebuah rumah di Pinggiran Rapat Ria, Ipoh pada bulan Januari 2021.

Mou Ei Leen @ Eileen Mou, 41, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Siti Nora Sharif.

Mengulas lanjut, Lim berkata menjadi tanggungjawab pihak PDRM untuk menjelaskan kepada masyarakat ramai bagaimanakah pegawai polis berkenaan dapat memperolehi dua buah jam tangan Rolex tersebut.

“Orang ramai perlu tahu dari manakah pegawai terbabit mampu memiliki dua jam tangan tersebut, apakah jam itu dibeli dengan gaji yang diterimanya sebagai anggota polis atau melalui kaedah lain?

“Sekiranya pihak PDRM hanya berdiam diri di dalam kes ini, ia hanya akan membawa nama buruk kepada PDRM,” kata Lim.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kahwin wanita Kazakhstan tak perlu wang hantaran – Fadlan Hazim

Adik lelaki bongkar Shila Amzah jual rumah sebab duit

Jangan nanti malaikat maut pun kau maki

GV10: Sah Elly Mazlein undur diri

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker