Sophia Albarakbah nafi dakwaan datang GV10 kerana nak tengok Aliff

PETALING JAYA: Pelakon Sophia Albarakbah menjelaskan kehadirannya ke program realiti, Gegar Vaganza musim ke-10 tiada kaitan dengan salah seorang pesertanya, Aliff Aziz seperti yang diperkatakan dalam media sosial.

Sebaliknya, menurut aktres jelita ini, dia sekadar menemani sepupunya, Aisha Retno yang menjadi penyanyi undangan salah satu slot program itu.

“Saya pergi sebab saya nak beri sokongan kepada Aisha. Kalau saya diberi peluang untuk pergi lagi sekali pun, saya tak kisah.



“Lagipun, saya dah minta izin daripada pengurus saya,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran filem Harimau Malaya: The Untold Journey di sebuah hotel di sini, hari ini.

Aktres Filem Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH 35) itu berkata, dia tidak melihat kehadirannya ke program realiti itu sebagai satu kesalahan besar.

“Program ini ada ramai artis jadi saya berhak untuk pergi dan sokong sesiapa sahaja.

“Kalau saya bertembung dengan Aliff, tak ada masalah pun. Lagipun, isu saya dan Aliff sudah lama berlalu,” katanya kepada BH Online.



Terdahulu, ketika mengulas kehadiran pelakon sensasi itu ke program berkenaan, Aliff dilaporkan berkata, perkara itu di luar bidang kuasanya.

Sebelum ini, Sophia dan Aliff pernah mencetuskan kontroversi apabila didakwa menjalinkan hubungan cinta ketika menjalani penggambaran drama bersiri, Ku Akad Kau Dengan Bismillah.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

GV10: Syafinaz tidak mahu Elly Mazlien atas pentas

Badrul Muhayat makin berisi lepas kahwin lagi



Noniswara terima untuk bermadu

Penyanyi tak bayar sewa dan bil letrik, tuan rumah buat laporan polis



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker