Rasuah jutaan ringgit, pengarah jabatan kerajaan antara yang dicekup

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan empat individu termasuk pengarah jabatan kerajaan kerana disyaki terlibat memberi dan menerima suapan bernilai jutaan ringgit termasuk dalam bentuk kenderaan dan kediaman.

Turut ditahan ialah dua penjawat awam selain pemilik syarikat dan pengurus pelaburan amanah.

Menurut sumber, kesemua suspek lelaki berusia antara 30 hingga 50an itu dipercayai ditahan kira-kira pukul 7.30 malam tadi di pejabat SPRM Sarawak ketika diminta hadir memberikan keterangan.



“Suspek utama disyaki menerima suapan sejak 2018 hingga 2021 daripada pemilik syarikat sebagai balasan membantu syarikat tersebut mendapatkan dua projek membabitkan bekalan air yang berjumlah kira-kira RM44.4 juta.

“Manakala pengurus pelaburan amanah pula ditangkap kerana disyaki menerima bayaran wang rasuah dan kediaman bagi pihak suspek utama,” katanya kepada Kosmo! di sini tadi.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Operasi Khas SPRM, Datuk Tan Kang Sai ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata siasatan dijalankan di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Beliau berkata, kesemua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kuching, Sarawak esok pagi untuk permohonan reman



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

GV10: Syafinaz tidak mahu Elly Mazlien atas pentas



Badrul Muhayat makin berisi lepas kahwin lagi

Noniswara terima untuk bermadu



Penyanyi tak bayar sewa dan bil letrik, tuan rumah buat laporan polis



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker