Angka korban rakyat Palestin meningkat lebih 700

Angka korban rakyat Palestin meningkat lebih 700

Jumlah rakyat Palestin yang terbunuh oleh tentera Israel di Gaza meningkat kepada 704 orang, kata Kementerian Kesihatan yang berpangkalan di Gaza awal hari ini.

Kementerian berkata jumlah kematian termasuk 143 kanak-kanak dan 105 wanita, manakala jumlah yang cedera meningkat kepada sekitar 4,000.



Agensi Anadolu melaporkan pesawat perang Israel terus melancarkan serangan udara ke atas sasaran di pelbagai bahagian di Semenanjung Gaza.

Kumpulan Hamas Palestin melancarkan ‘Operation Al-Aqsa Flood’ terhadap Israel pada awal Sabtu, melepaskan tembakan roket dan menyusup masuk ke Israel melalui darat, udara dan laut.

Ia berkata serangan mengejut itu sebagai tindak balas terhadap penyerbuan Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur yang diduduki dan peningkatan keganasan peneroka terhadap penduduk Palestin.

Sebagai tindakan balas, tentera Israel melancarkan ‘Operation Swords of Iron’ terhadap Hamas di Semenanjung Gaza. BH



Angka korban rakyat Palestin meningkat lebih 700

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

GV10: Kak Lina ‘behave’ pada minggu ketiga



Putera Mateen, Dayang Anisha bakal berkahwin Januari 2024

Aishah nak cari lelaki berduit?



Pengarah JSJ Bukit Aman ‘basuh’ semua KBSJD, “jangan sanggup jual nyawa rakan sendiri” [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker