Fattah Amin Simpati Dengan Fazura, Didakwa Berhutang RM4.65 Juta

‘Dia Bukan Orang Lain, Ibu Kepada Anak Saya’

Fattah Amin Simpati Dengan Fazura, Didakwa Berhutang RM4.65 Juta 

Fattah Amin Simpati Dengan Fazura, Didakwa Berhutang RM4.65 Juta [VIDEO]

Aktor kacak Fattah Amin meluahkan rasa simpati terhadap bekas isterinya, aktres Fazura susulan dakwaan kes hutang melibatkan perniagaanya.

Fattah simpati

Fattah Amin Simpati Dengan Fazura, Didakwa Berhutang RM4.65 Juta [VIDEO]

Ketika ditemui OhBulan!, Fattah atau nama lengkapnya Abdul Fattah Mohd Amin berkata, dia tidak tahu menahu tentang isu berkenaan.

Justeru, aktor berusia 34 tahun itu enggan mengulas panjang berkaitan dakwaan tersebut.

Saya tak tahu tentang isu ini sehinggalah keluar berita.

Saya tak berani untuk komen banyak tentang isu itu kerana ia adalah hal peribadi.

Kita pun tak tahu bila akan diuji, kita pun tak mahu orang berkata yang bukan-bukan sebab mereka tak tahu cerita yang sebenar.

Fattah berkata demikian Pesta Unifi TV yang berlangsung di The Curve, Mutiara Damansara pada Sabtu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Ayuh Malaysia, Kita Merajuk


Doakan yang terbaik

Fattah Amin Simpati Dengan Fazura, Didakwa Berhutang RM4.65 Juta [VIDEO]

Walau bagaimanapun, pelakon filem Kulit Wayang tersebut tetap mendoakan yang terbaik untuk bekas isterinya itu.

Selepas melihat berita itu sudah tentu saya rasa bersimpati dan mendoakan yang terbaik.

Kita sebagai orang luar, kita perlu doakan yang terbaik. Semoga dipermudahkan urusan bekas isteri saya, Fazura.

Dia pun bukan orang lain, dia adalah ibu kepada anak saya juga.

Terdahulu, Fazura didakwa berhutang sebanyak RM4.65 juta dengan syarikat pengilang tudung, Obor Holding Sdn Bhd.

Menurut pihak Obor Holding Sdn Bhd iaitu selalu pemilik kilang Feline Malaysia mendakwa syarikat Pink Fate Sdn. Bhd. yang sinonim dengan Fazura telah dibekalkan tudung dengan nilai RM7.3 juta sejak Jun 2022.

Bagaimanapun, pihak Pink Fate hanya membayar RM2,680,167.90 dari jumlah tersebut.

Syarikat terbabit juga memaklumkan bahawa mereka sukar untuk mengutip bayaran berkenaan sejak Disember 2023.

Fattah Amin Simpati Dengan Fazura, Didakwa Berhutang RM4.65 Juta

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kempen Timbalan Presiden PKR Dedahkan Wajah Sebenar Rafizi

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker