Hanya seorang sahaja yang tidak sokong Ismail Sabri calon PM

Hanya seorang Ahli Parlimen UMNO difahamkan tidak menyokong Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ahli Parlimen Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata, bagaimanapun tindakan itu tidak memberi kesan kepada keputusan malam tadi kerana majoriti Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) termasuk Presiden parti, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Najib Tun Razak turut menyokong satu nama sahaja.

“Pada saya, ia tidak beri kesan pun pada keputusan semalam sebab semua menyokong Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri,” katanya ketika dihubungi.



Mengulas lanjut, Zahidi turut memaklumkan semua Ahli Parlimen BN telah menandatangani Akuan Bersumpah (SD) dalam mesyuarat malam tadi dengan sebulat suara menamakan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri.

“Semua dah tandatangan surat tersebut dan sebulat suara menamakan Ismail Sabri sebagai calon Perdana Menteri,” katanya.

Malam tadi, UMNO mengadakan mesyuarat bagi memutuskan calon Perdana Menteri setelah Tan Sri Muhyiddin Yassin meletak jawatan.

Mesyuarat tersebut pada permulaannya dibuat bersama Ahli Majlis Tertinggi UMNO, kemudian disambung pula bersama dengan Ahli Parlimen BN.



Dalam hantaran di Facebook pagi ini, Ismail Sabri sempat menyelitkan gambarnya bersarapan dengan ‘mengajuk’ kucingnya si oyen.

Rata-rata netizen memberikan sokongan kepada pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri dan mahu pemimpin itu segera menyelesaikan kemelut dihadapi negara selain Covid-19 dan ekonomi.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Kekal jadi kerisauan jika calon PM ke-9 tidak dapat majoriti besar – Kolonel Bersekutu

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker