Rasuah buku J-Qaf RM80j: SPRM terima bukti baharu
Rasuah buku J-Qaf RM80j: SPRM terima bukti baharu
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerima pelbagai bukti baharu berhubung siasatan rasuah ke atas satu projek Kementerian Pendidikan berkaitan rundingan terus percetakan buku J-Qaf untuk prasekolah membabitkan lebih RM80 juta.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, berkata setakat ini pegawai penyiasat masih aktif menyiasat kes berkenaan.
“SPRM menerima banyak bukti baharu dalam masa terdekat ini yang boleh membantu siasatan,” katanya selepas Program Menembak SPRM Bersama Media sempena Ulang Tahun SPRM ke-56, di Kajang, hari ini.
Ditanya bila bekas menteri pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin akan dipanggil SPRM, Azam berkata, perkara itu akan diserahkan kepada pegawai penyiasat.
“Saya tidak pasti (tarikh Radzi dipanggil) kerana semuanya akan diserahkan kepada pegawai penyiasat,” katanya.
Minggu lalu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Datuk Sri Ahmad Khusairi Yahaya mengesahkan penahanan dua individu, termasuk bekas setiausaha politik kepada Radzi.
Suspek pertama berusia dalam lingkungan 20-an yang juga bekas setiausaha politik kepada seorang bekas menteri kanan manakala suspek kedua ialah pemilik syarikat berusia lewat 50-an.
Ekoran itu, Azam turut mengesahkan bekas Menteri Pendidikan itu dipanggil oleh SPRM bagi membantu siasatan. BH
Rasuah buku J-Qaf RM80j: SPRM terima bukti baharu
Baca Artikel Menarik:
- Ramai orang terkejut matahari bertukar warna biru
- Permohonan ‘Notis Merah’ Interpol terhadap menantu Muhyiddin hampir sempurna
- Ada nampak saya pegang botol arak? – Syasya Dolla
- Sokongan pada BN di Pelangai belum memuaskan – Wan Rosdy
- MoF akan serah semula aset TH – Anwar
- AGT 2023, anjing juara, Simon tetap bangga dengan Putri Ariani
- Azira Shafinaz bakal nikah
- Artis ada hak, bukan mengemis – Altimet
- Simpan duit bayar saman – Puteri Sarah
- Zii Jia buat hal di Hangzhou
- Akmal bidas Lian Ker, saya jaga rakyat bukan tauke besar
- Mamat ingatkan Nabil hati-hati bergurau
- Serabut tengok Nabil, Elly, Jihan kendalikan GV10
- Duda jutawan intai selebriti isteri orang
- Azeem Fahmi bakal disahkan sebagai Raja pecut di Sukan Asia
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Dr Syazwani ‘superhero’ dalam pesawat Turkish Airlines, banggakan negara
13 sebab mahkamah tak patut gugur pertuduhan Muhyiddin
You must be logged in to post a comment.