Perkataan pencen wakil rakyat tukar jadi Imbuhan, selesai masalah – Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia

KUALA LUMPUR: Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK) mencadangkan supaya diwujudkan kembali Jawatankuasa Keistimewaan di bawah Parlimen untuk menentukan bajet dan imbuhan sepatutnya kepada wakil rakyat.

Yang Dipertuanya, Tan Sri Dr Abdul Aziz Abdul Rahman, berkata jawatankuasa sama pernah wujud sekitar tahun 60-an sebelum urusan berkaitan pembayaran pencen untuk wakil rakyat diletakkan bawah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Selain itu, beliau juga mahu perkataan pencen ditukar menjadi imbuhan kepada perkhidmatan wakil rakyat kerana istilah itu mengundang ketidakpuasan hati khususnya dalam kalangan penjawat awam, apabila mereka menganggap manfaat hari tua diterima wakil rakyat sama dengan golongan itu.



“Di negara lain memang pencen ahli Yang Berhormat ini, wakil rakyat dan bekas wakil rakyat tidak dibuat oleh kerajaan melalui JPA seperti negara kita (laksanakan). Ini kerana terdapat pengerusi (sebuah) jawatankuasa di bawah Parlimen (yang menguruskan hal itu).

“Jadi Parlimen itu sendiri mesti diadakan satu Jawatankuasa Keistimewaan kerana kebanyakan Parlimen (di luar negara) ada khususnya untuk menentukan imbuhan yang akan diberikan setelah mereka berkhidmat (sebagai wakil rakyat). Di England ada (laksanakan sistem ini) bahkan di merata tempat semuanya ada (jawatankuasa berkenaan).

“Lama dulu pernah buat (wujud Jawatankuasa Keistimewaan) sekitar tahun 60-an tetapi selepas itu ia (urusan pencen) dipindahkan kepada JPA. Sepatutnya bajet Parlimen itu yang akan menentukan segala imbuhan dan sebagainya di bawah institusi berkenaan.

“Kena bezakan. Jangan kita anggap pencen (untuk wakil rakyat) itu sama (dengan penjawat awam). Kalau saya kerja kerajaan, saya pun marah. Kenapa pula dia dapat pencen macam saya walhal saya 20 tahun (kerja) baru dapat pencen tetapi awak (jadi wakil rakyat) enam tahun dapat (pencen). Kita kena asingkan,” katanya kepada BH hari ini.



Beliau berkata demikian sebagai mengulas saranan bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin melalui rancangan podcast Keluar Sekejap yang senada dengan cadangan pakar ekonomi supaya membatalkan pencen ahli Parlimen.

Selain itu, bekas Ketua Pemuda UMNO itu turut mencadangkan pencen penjawat awam dihapuskan bagi membantu mengimbangi fiskal negara kerana kerajaan mungkin menanggung hingga RM50 bilion untuk pencen penjawat awam dalam masa 10 tahun akan datang jika tidak dimansuhkan.

Cadangan memansuhkan pencen penjawat awam bagaimanapun, dibidas oleh CUEPACS yang menggesa supaya tiada mana-mana pihak mempertikai pencen yang diterima kakitangan kerajaan sambil menyifatkan idea itu tidak wajar.

Begitu juga dengan MUBARAK yang tidak bersetuju dengan cadangan supaya pencen untuk wakil rakyat dimansuhkan.



Mengulas idea itu, Abdul Rahman menganggap cadangan itu pelik kerana bayaran pencen masih dipraktikkan kerajaan seluruh dunia seperti di Norway dan Sweden.

Bagaimanapun, beliau berkata, untuk membolehkan bayaran pencen ‘kekal relevan’ dengan keadaan semasa, langkah kerajaan di negara berkenaan antaranya mengenakan cukai pendapatan yang tinggi bagi membolehkan pemerintah mempunyai ‘kantung kewangan’ mencukupi untuk menanggung urusan itu.

“Di Norway dan Sweden, kerajaan bayar bukan untuk orang pencen dengan kerajaan sahaja, bahkan semua orang yang berumur dapat pencen. Tetapi untuk buat begitu, mereka naikkan cukai pendapatan…kadarnya tinggilah.

“Begitu juga dengan konsep zakat, kita bayar 2.5 peratus daripada pendapatan dan juga perniagaan. Kita beri kepada asnaf-asnaf. Ini ialah sistem pembahagian harta kepada yang memerlukan. Jadi pencen ini berasaskan kepada sistem yang macam itulah. Dia sudah lama bekerja, jadi terserah kepada peringkat mana dan pangkat…Dia dapatlah pencen.



“Tetapi kalau nak kaji sistem pencen, banyak cara. Kalau bab pencen, jangan kita pupuskan. Ia adalah imbuhan (kepada wakil rakyat) atas khidmat yang mereka buat…24 jam setiap hari bekerja. Ini kerana bukan semua wakil rakyat orang korporat, ada orang biasa jadi wakil rakyat.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Elly undur diri dari GV10

Nabil jelas isu Mamat di tempat ‘tinggi’



Gelaran ‘Datuk’ suami Intan didakwa palsu

Tolonglah berikan saya ‘job’ – Mak Wan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker