Kejuraan Liga Super kali ke-10 untuk ‘Keluarga JDT’ – TMJ

KUALA LUMPUR: Pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menghadiahkan kejuaraan Liga Super buat kali ke-10 berturut-turut kepada seluruh keluarga JDT.

Menerusi catatan di laman Instagram miliknya, Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) menulis “ini untuk anda keluarga JDT” berserta gambar grafik kejuaraan ke-10 Harimau Selatan.

Skuad kendalian Esteban Solari mengesahkan kejuaraan Liga Super selepas membelasah PDRM 4-0 pada aksi ke-22 di Stadium Sultan Ibrahim, malam tadi.

Kejayaan itu menyaksikan Harimau Selatan terus melakar sejarah besar apabila mempertahankan kejuaraan Liga Super selama sedekad sejak 2014.

Sementara itu, bekas pemain kebangsaan dan JDT, Safee Sali turut mengucapkan tahniah kepada JDT selain menyifatkan kejayaan itu menyerlahkan kredibiliti TMJ dalam memacu Harimau Selatan ke tahap terbaik.

Dia yang pernah menjulang trofi Liga Super tiga kali bersama JDT pada 2014, 2015 dan 2016 berkata, kejayaan JDT itu harus menjadi contoh kepada lain.

“Jadi juara Liga Super selama sedekad. Sepuluh tahun berturut-turut memang satu pencapaian yang menakjubkan. Mempunyai seorang figura seperti TMJ amatlah terserlah kredibiliti dan mempunyai kelas yang tersendiri.

“Saya amat berbangga dengan pencapaian JDT dan banyak kenangan terindah bersama kelab ini. Memang nombor 10 yang teramat istimewa.

“Ini adalah contoh terbaik buat semua kelab dengan mempunyai semua fasiliti terbaik, pengurusan yang baik, kebajikan yang selalu diutamakan dan akademi yang bagus,” kata Safee di laman Facebook miliknya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Elly undur diri dari GV10

Nabil jelas isu Mamat di tempat ‘tinggi’

Gelaran ‘Datuk’ suami Intan didakwa palsu

Tolonglah berikan saya ‘job’ – Mak Wan

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker