Wee Ka Siong dipilih semula sebagai Preisden MCA

PETALING JAYA: Selepas dilantik semula sebagai presiden MCA pada Ahad lalu, Wee Ka Siong kini perlu melakar haluan jelas parti itu bagi membina semula MCA, kata seorang penganalisis politik.

Salah satu cabaran adalah menentukan bagaimana MCA menangani bekas seteru tradisinya, DAP yang kini menjadi sebahagian dalam kerajaan perpaduan.

“MCA dan DAP sering bertanding antara satu sama lain di kerusi majoriti Cina dalam pilihan raya. Dalam lanskap politik baru ini, apakah yang menjadi haluan MCA? kata Chin Yee Mun dari Pusat Kajian Dasar dan Sosial Tan Cheng Lock di Universiti Tunku Abdul Rahman.

Katanya, pilihan raya umum 2022 menyebabkan banyak parti politik, bukan sahaja MCA yang tidak jelas mengenai haluan masa depan parti mereka.

MCA mesti mengatasi cabaran ini sebelum pilihan raya umum seterusnya (yang dijadual sebelum 2027).

Chin berkata pemilihan semula Wee sebagai presiden menunjukkan ahli mahu memastikan tiada perpecahan dalam kalangan mereka ketika ini.

Katanya, tidak mengejutkan Wee dipilih semula kerana beliau paling berpengalaman dan lebih kredibiliti politik berbanding pencabarnya, bekas ahli jawatankuasa pusat MCA Tan Chong Seng.

“Wee ada kelebihan sebagai Ahli Parlimen dan presiden. Lawannya pula gagal menimbulkan isu mencukupi dan atas sebab itu gagal mewujudkan satu daya yang boleh mencabar Wee,” katanya.

Pada pemilihan parti Ahad lalu, Wee menang besar apabila memperoleh 569 undian manakala Tan menerima 11. Timbalan Presiden MCA Mah Hang Soon pula menang tanpa bertanding, manakala Lim Ban Hong, Low Ah Keong, Tan Teik Cheng dan Wee Jeck Seng dipilih sebagai naib presiden.

Personaliti MCA popular, Ti Lian Ker pula gagal mempertahankan jawatan naib presiden.

Keputusan pemilihan MCA menunjukkan anggota parti tidak mahu perubahan dalam MCA, menurut Oh Ei Sun dari Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura.

Dengan Wee kembali berkuasa, sukar untuk mengatakan adakah prestasi parti itu akan berubah berbanding pada pilihan raya umum 2022. “Nampaknya, majoriti ahli MCA tidak mahukan perubahan, jadi mereka (MCA) akan terus dengan haluan politik mereka yang sukar ketika ini.”

 

 

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Hot Seats Gegar Vaganza GV10 bukan 5 tapi 6, Liza Hanim, Zamani bersaing sengit

Musa Hassan kini suami Qistina

Kehadiran Andi hangatkan lagi hubungan dengan Puteri Sarah

Ramai nak ‘try’ Puteri Sarah – Yusof Haslam

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker