Azizulhasni tarik diri Sukan Asia

Azizulhasni tarik diri Sukan Asia

Kontinjen negara menerima tamparan awal menjelang Sukan Asia Hangzhou apabila prospek pingat emas, jaguh berbasikal, Datuk Azizulhasni Awang disahkan menarik diri daripada temasya terbabit.

Perkhabaran duka itu diumumkan pelumba berusia 35 tahun itu pada sidang media khas di Majlis Sukan Negara (MSN) Bukit Jalil di sini, sebentar tadi.



Azizulhasni yang diberi julukan The Pocket Rocketman berkata, keputusan dibuat selepas dia cedera kaki dan pinggul kiri susulan kemalangan dialaminya ketika sesi latihan di Velodrom Nasional Nilai, Jumaat lalu.

“Dukacita saya maklumkan mengambil keputusan untuk menarik diri daripada Sukan Asia. Saya mohon maaf kepada kontinjen negara dan seluruh rakyat Malaysia yang berharap saya beraksi di sana (Hangzhou).

“Pada mulanya kecederaan saya tidak serius termasuk selepas menjalani ujian imbasan dengan Institut Sukan Negara (ISN), tetapi selepas empat hari saya berasa sakit di bahagian badan.

“Jadi, selepas perbincangan dengan ketua jurulatih, John Beasley, kami memutuskan untuk menarik diri daripada Sukan Asia kali ini bagi memberi fokus kepada Sukan Olimpik Paris tahun depan,” katanya.



Azizulhasni terbabit dengan kemalangan ketika menjalani latihan Jumaat lalu dan menerusi perkongsian video berdurasi 36 saat di Facebooknya, pemenang pingat perak Olimpik Tokyo 2020 itu seperti melambung ketika berada di selekoh dalam usahanya untuk mengejar motosikal.

Berdasarkan situasi itu, pemburuan emas kini akan digalas Mohamad Shah Firdaus Sahrom dan kuartet pecut lelaki.

Mengikut rekod, pada Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018, Azizulhasni membawa pulang satu pingat emas menerusi acara pecut selain turut meraih pingat perak (pecut berpasukan) dan gangsa untuk acara keirin. HM

Azizulhasni tarik diri Sukan Asia



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Baby Shima dah jadi Mondy Tatto (Video)



La Luna ada unsur soft porn?

Bapa Mondy minta maaf



Peluk ok, cium bibir tak boleh – Fedi Nuril

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker