Sophia Albarakbah terluka kerana putus cinta dengan ‘Mr. Doktor’

KUALA LUMPUR : Di sebalik senyuman sentiasa terukir di bibir pelakon jelita ini, ada duka yang terpendam jauh di lubuk jiwa.

Siapa sangka sikap ceria sering ditunjukkan Sophia Albarakbah di hadapan umum rupa-rupanya sekadar topeng semata-mata.

Hakikatnya dalam diam, Sophia menjeruk rasa dan sering berendam air mata. Semuanya gara-gara hubungan cinta yang terjalin bersama jejaka dikenali sebagai ‘Mr Doktor’ sejak tiga tahun lalu menemui jalan noktah.



Meskipun tidak mengumumkan secara terbuka, namun tindakan Sophia memadam foto bersama lelaki yang sering kelihatan menemaninya dalam acara hiburan itu seolah-olah isyarat mereka sudah berpisah.

Agak berat untuk Sophia untuk menjelaskan punca perpisahan, katanya, biarlah perkara itu kekal menjadi rahsia mereka.

“Adalah sebabnya mengapa kami berpisah. Soal ini terlalu peribadi untuk dikongsi. Cuma, lebih baik untuk saya tidak bercakap apa-apa mengenainya.

“Dalam soal ini, saya tak mahu menyalahkan sesiapa, apatah lagi memburukkan dirinya. Tiada siapa salah atau benar.



 

Sophia mengaku bukan mudah untuknya menerima takdir yang sudah tertulis, namun, pada masa sama, tidak mampu menanggung beban emosi berikutan perpisahan dengan ‘Mr Doktor’. Foto IG Sophia Albarakbah
Sophia mengaku bukan mudah untuknya menerima takdir yang sudah tertulis, namun, pada masa sama, tidak mampu menanggung beban emosi berikutan perpisahan dengan ‘Mr Doktor’. Foto IG Sophia Albarakbah

 

“Kawan-kawan tahu apa sebenarnya yang berlaku. Walaupun sudah berpisah, kami masih berkawan. Cuma, hubungan sekadar persahabatan dan tidak membabitkan ikatan cinta,” katanya kepada BH Online.

Aktres berperwatakan lemah-lembut ini berkongsi, bukan mudah untuknya menerima takdir yang sudah tertulis, namun pada masa sama, tidak mampu menanggung beban emosi berikutan perpisahan itu.



“Keputusan berpisah dibuat atas persetujuan bersama. Mungkin berat untuk saya menerima hakikat ini, namun jika itu yang akan memudahkan segala-galanya, saya terima dengan reda,” ungkap pelakon sensasi ini.

Mendasari hati wanita ini apakah rasa sayang pada teman lelaki itu masih bersisa dan apakah kebarangkalian kembali berpacaran, tiada jawapan pasti diterima.

Sebaliknya, perbualan rancak di hujung talian diganti dengan bunyi tangisan teresak-esak Sophia.

Suasana menjadi bungkam seketika dan selepas puas melepaskan kesedihan, bintang yang diperkenalkan menerusi filem Miimaland ini akhirnya kembali bersuara.



“Maaf (dalam nada tersedu). Jujurnya, saya masih lagi sayangkannya. Walaupun putus, saya masih ambil berat mengenai dirinya.

“Siapa yang sanggup nak lepaskan insan yang kita sayang. Sama ada masih menaruh harapan ataupun tidak untuk kembali bersama, saya tak nak cakap apa-apa.

“Saya tak mahu kenyataan saya akan mengundang tanggapan salah dan membuatkan saya dikecam.

“Saya tidak kuat berdepan dengan semua ini,” pintanya sambil mengharapkan pengertian.



Mengakui masih dalam proses merawat hati yang terluka, Sophia berkata, buat masa ini, pintu hatinya masih tertutup untuk menerima kehadiran mana-mana lelaki.

“Walaupun ada yang cuba mendekati, tetapi saya tutup segala ruang ini. Saya sedang patah hati dan kini sedang dalam proses merawatnya. Biarlah masa yang akan memulihkannya.

“Tumpuan saya untuk diri sendiri, keluarga dan kerjaya,” kata Sophia

Beralih kepada perkembangan kerjaya seninya, Sophia meluahkan rasa syukur kejayaannya merangkul trofi Aktres Filem Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-35, Julai lalu, memberi tempias rezeki buatnya.



“Alhamdulillah, bila dianugerahkan trofi ini tawaran berlakon terutama filem datang mencurah-curah. Rasa seronok bila kehadiran saya dalam bidang lakonan semakin mendapat kepercayaan produser.

“Bagaimanapun, tak semua tawaran diterima. Saya juga kena memilih genre bagaimana yang mahu dilakonkan, selain perlu mengikut kesesuaian jadual. Semua ini saya serahkan kepada pihak pengurusan untuk membuat pertimbangan.

“Saya sedang membuat persiapan untuk filem bergere sains fiksyen berjudul Abu Si Raksasa pada pertengahan bulan ini.

“Saya terima tawaran kerana ia menampilkan genre yang belum pernah saya lakukan, selain temanya agak berbeza.

“Selain tawaran berlakon, saya juga dilamar untuk menjadi duta produk. Buat masa ini, saya tak boleh nak umum apa-apa. Jadi, kenalah tunggu,” ujarnya cuba berahsia.

Sophia juga bakal muncul dengan drama bersiri From Saga With Love yang disiarkan di platform Viu mulai 21 September ini.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kau pondan tiada anak, Che Ta ‘taji’ Diva AA

Aisar Khaled sedekah RM60 ribu seminggu

Mondy dakwa Ebit usap-usap tangannya

Fasha, Aidil keterlaluan tayang aksi ghairah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker