Chegubard mengaku ditangkap kerana gagal hadir membantu siasatan
Chegubard mengaku ditangkap kerana gagal hadir membantu siasatan
Aktivis Bersatu Badrul Hisham Shaharin mengakui dipanggil polis tetapi tidak hadir untuk diambil keterangan “dalam beberapa isu”, sebelum ditahan semalam.
Meskipun polis menjelaskan penahanan Badrul tiada kaitan dengan Perhimpunan Selamatkan Malaysia esok, aktivis Bersatu ini mendakwa sebaliknya.
“Mereka boleh tangkap saya di mana-mana sebelum ini,” katanya pada sidang media selepas dibebaskan awal pagi tadi dengan jaminan polis.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Shuhaily Mohd Zain semalam berkata penahanan Badrul berhubung beberapa laporan dibuat terhadapnya, antaranya ulasan mengenai isu rundingan konflik Malaysia-Indonesia membabitkan blok lautan Ambalat.
Polis menjelaskan Badrul beberapa kali dipanggil untuk rakaman percakapan tetapi gagal hadir membantu siasatan. Menurut Shuhaily, Badrul terima notis tetapi menyatakan dia enggan hadir, maka polis memohon waran tangkap daripada mahkamah.
“Saya tidak hadir ke panggilan Bukit Aman dalam beberapa isu kerana saya tegaskan laporan polis saya ke atas Hannah Yeoh tidak disiasat,” kata Badrul, merujuk kepada laporan terhadap menteri belia dan sukan berkait acara ‘Jom Ziarah Gereja’ anjuran sebuah NGO yang bernaung bawah kementeriannya.
Bagaimanapun, Badrul kali ini memberi kerjasama kerana tidak mahu ditahan lebih lama. “Saya perlu keluar dan hadir pada 16 Sept maka saya jawab semua soalan.”
Badrul ditahan di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur pada 8 malam tadi. Menurut seorang pemimpin Pemuda PAS, dia ditahan ketika mahu menghadiri mesyuarat berkait perhimpunan tersebut.
Pada Mac, Badrul dilapor membuat laporan polis terhadap Hannah, mendakwanya menyebarkan agama Kristian kepada belia Islam melalui program yang dikaitkan dengan kementerian.
Hannah memberitahu Dewan Rakyat bahawa pendaftaran Jom Ziarah Gereja tidak membabitkan belia beragama Islam dan tidak ada belia muslim yang akan memasuki gereja itu.
Pada Mac, Badrul yang dipanggil polis berhubung acara itu yang telah dibatalkan itu, dilapor memberi keterangan di IPD Sentul. FMT
Chegubard mengaku ditangkap kerana gagal hadir membantu siasatan
Baca Artikel Menarik:
- Bingkaikan nama anak pertama pilihan Agong, guru teruja
- Pemimpin AMK jangan main keadilan bela kroni – Nur Jazlan
- Dicabul pempengaruh popular, Serene kesal dituduh dahaga perhatian
- Rasuah Jana Wibawa, Adam Radlan dibicara Mei tahun depan
- Akmal suruh Rafizi hormat hak Agong dalam isu pengampunan seperti yang telah diterima Anwar
- Cara terbalikkan diabetes jenis 2
- Mana kitab Hadi ketika pemimpin PAS dapat DNAA, soal Faiz
- Ayah campak, mama pula tumbuk mata saya – Waldan
- Ruhainies nafi besarkan buah dada
- Mayat makhluk asing ditemui
- Isham tak hadir pun mesyuarat MKT UMNO semalam
- Telur separuh masak bantu pulihkan otot? Ini penjelasan pakar
- Kalau tak salah apa yang Muhyiddin takut?
- Pemuda terkejut bakal ‘isteri’ sebenarnya lelaki, terus batalkan perkahwinan serta merta
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Aisar Khaled payung ‘rider makanan’ motosikal baharu selepas motorsikal lama disita JPJ [VIDEO]
You must be logged in to post a comment.