Jangan jadi sasaran perisik
Jangan jadi sasaran perisik
Kuala Lumpur: Rakyat Malaysia di luar negara terutama golongan muda harus berhati-hati kerana berisiko menjadi ‘sasaran’ untuk direkrut sebagai perisik.
Penganalisis Keselamatan, Dr Noor Nirwandy Mat Nordin berkata, golongan itu terutama yang mempunyai keupayaan dalam bidang digital, perisian, teknologi, keselamatan dan perisikan, cenderung untuk disasarkan.
“Sekiranya ada kumpulan tertentu cuba mengumpan mereka untuk menjalankan aktiviti yang bercanggah dengan undang-undang di tempat mereka berada, seharusnya laporkan kepada kedutaan.
“Kumpulan tertentu ini akan mengeksploitasi bakat-bakat mereka dalam bidang keselamatan, perisian, pendigitalan dan teknologi.
“Ini jelas mendatangkan ancaman global kerana berkemungkinan ada kumpulan yang cuba menggunakan mereka, khususnya rakyat Malaysia yang berada di luar negara,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Menurutnya, secara dasarnya kumpulan yang mungkin cuba untuk mengeksploitasi perisikan manusia atau ‘Human Intelligence (HUMINT)’ menggunakan elemen sumber terbuka atau ‘Open Source Intelligence (OSINT)’ untuk mendapatkan maklumat kepakaran yang menjadi sasaran.
“Jadi generasi muda perlu mempersiapkan diri dan membentuk pertahanan diri supaya tidak termakan dengan pujukan dan umpanan dari kumpulan tertentu,” katanya.
Semalam, Kedutaan Besar Malaysia di Stockholm mengesahkan seorang lelaki dipercayai rakyat Malaysia ditahan di Norway.
Wisma Putra menerusi kenyataan dilaporkan berkata, penahanan itu dibuat kerana lelaki berkenaan disyaki terbabit dengan aktiviti pengintipan. HM
Jangan jadi sasaran perisik
Baca Artikel Menarik:
- Saya dimadukan isteri
- Umno boleh kembali relevan jika bersama PH
- 15 MP tumbang, Speaker wajibkan semua jalani pemeriksaan
- Mahathir diarah fail pembelaan
- Nampak lurah, Ruhainies minta maaf
- Isham lebih tahu dari saya – Zahid
- Hadi ‘buat drama’, sanggup ke penjara
- Azhar Sulaiman minta Marissa dan Abby hubunginya
- Kenapa Shahidan, Syed Saddiq membisu bila Muhyiddin dibebaskan?
- Rider pulang jalan kaki, motosikal ditahan JPJ (Video)
- Gelekan ‘maut’ Baby Shima
- Jentera kerja keras, Isham tak bantu pun
- Polis cekup lima pelakon, pengarah filem lucah
- Perdana Menteri mana yang lantik Idrus Harun? Shahidan jangan ‘acah-acah’ lupa
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
MP Ketereh merungut sedekah kematian pakai duit sendiri
You must be logged in to post a comment.