Penjual bebola ubi kayu saling tak tumpah Lionel Messi

Seorang penjual makanan jalanan di Indonesia menjadi tumpuan  pengguna media sosial kerana  memiliki wajah mirip bintang  bola sepak terkenal, Lionel Messi, lapor laman berita Okezone hari ini.

Dalam video yang dikongsikan di platform TikTok, lelaki yang identitinya tidak didedahkan itu dilihat sibuk membungkus cilok  atau bebola ubi kayu kepada pelanggan.

Ekspresi wajah dan senyumannya menyerupai Messi meskipun penjual berkenaan hanya tersenyum dan tidak menuturkan sebarang ucapan.



“Sejak bila Messi menjual cilok? Mirip sekali. Dari Argentina ke sini menjual cilok,” demikian menurut keterangan pada klip video tersebut.

Video itu menjadi tular dan menerima pelbagai komen netizen.

“Messi ketika sudah pencen daripada bermain bola sepak,” kata seorang netizen.

“Dia sedang melancong dan tidak mahu dicam oleh orang ramai,” ujar pengguna lain



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Mana Malique sembunyi?



Hanya saya dan Aslam saja tahu perkara sebenar – Marissa Dania

Aslam, jom jumpa



Konsert bercampur lelaki wanita di Jom Heboh KB, Kerajaan PAS Kelantan membisu



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker