Lepas kecam solekan penyampai berita RTM, lelaki mohon maaf

Pengguna TikTok yang mengecam solekan penyampai berita stesen Radio Televisyen Malaysia (RTM) seperti watak hantu Indonesia, Suzanna tampil membuat permohonan maaf secara terbuka.

Syukfendi menerusi satu hantaran video, membuat permohonan maaf secara terbuka kepada penyampai berkenaan iaitu Nur Amalina Abdul Halim, 35, yang bertugas di Melaka.

“Nanti min beli televisyen (TV) baru. Kami membuat permohonan secara terbuka kepada Puan Noramalina Binti Halim. Sangat cantik manis orangnya, gurau-gurau kakak.



“Teruskan menyokong RTM, semoga Puan Amalina dimurahkan rezeki melimpah ruah dan dipermudahkan segala urusan,”tulisnya dalam hantaran itu.

Sehubungan itu, beberapa pengguna turut menasihati pemilik akaun berkenaan agar lebih berhati-hati dalam mencipta kandungan bagi mengelak disaman.

Terdahulu Kosmo! melaporkan Nuramalina tidak mahu ambil hati selepas disamakan dengan watak hantu Indonesia, Suzanna.

“Allah saya tak tahu nak cakap apa. Mula-mula saya termenung juga, kemudian hanya mampu ketawa saja.



“Tiada permohonan maaf diterima secara peribadi namun saya ada terlihat pihak yang tularkan telah tampil buat permohonan maaf secara terbuka di TikTok dan telah memadam video berkenaan,”katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Dalam pada itu, Timbalan Pengarah Berita Ehwal Semasa RTM, Md. Shahri Saripan berkata, pihaknya terbuka dalam menerima pandangan serta nasihat daripada penonton setia stesennya

 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Khaibar, Khaibar Ya Yahud, Jaysu Muhammad Saufa Ya’ud



Gambar lucah AI, Anna Jobling beri amaran

TMJ Tuju Kepada Ahli Politik Mana?



Ameera Khan dikritik tayang produk pro Israel

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker