Bantahan di Batam bertukar ganas

Bantahan di Batam bertukar ganas

Perhimpunan aman bertukar ganas di luar salah sebuah bangunan pemerintah di Batam, Indonesia, menyusuli satu bantahan terhadap kerja pembangunan Rempang Eco City pada Isnin.

Dipercayai terdapat kecederaan yang dilaporkan, namun tiada perangkaan rasmi diberikan oleh pihak berkuasa.



Penunjuk perasaan dikatakan melontar batu dan bom molotov ke arah pegawai pihak berkuasa, lapor media tempatan.

Menurut laman sesawang Antara News, penunjuk perasaan tidak berpuas hati terhadap kerja membangunkan Rempang Eco City yang terletak di Pulau Rempang sekitar 2.5 kilometer (km) ke tenggara Pulau Batam.

Bantahan berlaku di bangunan Badan Pengusahaan Kawasan Perdagangan Bebas dan Pelabuhan Bebas Batam (BP Batam), terletak berhampiran dengan Batam Center, yang terkenal sebagai pelabuhan feri termasuk dari Malaysia dan Singapura.

Dilaporkan, penunjuk perasaan memulakan bantahan secara aman, namun secara tiba-tiba menjadi ganas dan mereka mula memecahkan pagar.



Beberapa video dimuat naik di media sosial menunjukkan ribuan warga kelihatan berhimpun di luar bangunan pejabat itu termasuk beberapa penunjuk perasaan yang kelihatan menyuarakan bantahan dari atas lori.

Video lain pula menunjukkan penunjuk perasaan melontar batu dan kayu ke arah pegawai bertugas serta merobohkan pagar di luar bangunan berkenaan.

Pihak berkuasa juga kelihatan melepaskan gas pemedih mata dan semburan air untuk meredakan keadaan serta menyuraikan penunjuk perasaan, yang difahamkan berkumpul sejak beberapa hari lalu. BH

Bantahan di Batam bertukar ganas



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelakon janda sondol suami orang



Allah nak tarik nikmat balik kejap saja – Syafiq Amzah

Ruhainies ditegur pakai seksi nampak lurah



Nur Nilam dedah video intim Azlan Komeng

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker