Sultan Selangor titah henti tunggang agama!

“Beta menyeru agar janganlah agama diperalatkan bagi meraih sokongan, kerana rakyat akan menjadi mangsa kepada perbalahan orang politik yang menunggang agama demi kepentingan diri,” titah baginda dalam kenyataan dikeluarkan Istana Alam Shah, Klang.

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah rakyat khususnya pemimpin politik, segera memberhentikan perbuatan mengeluarkan fatwa secara tidak bertanggungjawab demi memelihara perpaduan rakyat di negara ini.

Sultan Selangor bertitah ini kerana, baginda tidak sanggup melihat rakyat berpecah-belah oleh tindak-tanduk sesetengah pemimpin politik yang tidak bertanggungjawab, dan ingatan baginda ini tidak bermaksud menyebelahi mana-mana pihak atau golongan mana-mana parti politik.



“Malah beta memilih untuk mengeluarkan kenyataan ini selepas pilihan raya negeri dan pilihan raya kecil selesai, bagi mengelakkan kenyataan beta disalahertikan sebagai memihak sesuatu kumpulan politik.

Sultan Sharafuddin bertitah, fatwa hanya boleh dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri atau mufti, setelah mendapat perkenan raja bagi setiap negeri, selain Jawatankuasa Muzakarah Kebangsaan bawah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) juga bertanggungjawab dalam mengeluarkan pandangan hukum, setelah perbincangan dengan mufti dari setiap negeri diadakan dan mendapat perkenan Majlis Raja-Raja.

Baginda bertitah, sesuatu fatwa dikeluarkan, bukan semata-mata atas dasar pandangan individu seorang mufti sahaja, bahkan ia dibuat secara kesepakatan majoriti ahli sama ada di dalam Jawatankuasa Muzakarah Kebangsaan MKI atau Jawatankuasa Fatwa Negeri, terdiri daripada alim ulama dan mereka yang pakar dalam bidang masing-masing.

“Ini adalah bagi memastikan fatwa yang dikeluarkan tepat dan membawa kebaikan kepada umat Islam dan seluruh rakyat,” titah baginda.



Sultan Sharafuddin bertitah, selaku pengerusi MKI baginda mengambil inisiatif mengeluarkan kenyataan ini bagi menasihati semua pihak, terutama orang politik termasuk pemimpin politik, untuk sama-sama memikirkan langkah bagi mengharmonikan dan menyatupadukan rakyat kerana mereka mempunyai pengikut yang ramai, yang mana jika diberi maklumat yang salah dan tidak tepat, akan mengakibatkan perpecahan dalam masyarakat.

“Ini berikutan baru-baru ini, kedengaran segolongan masyarakat di negara ini menyuarakan rungutan dan kebimbangan mereka terhadap perpecahan di dalam perpaduan dan keharmonian kaum, dan mereka menggesa agar tindakan segera diambil untuk menangani isu yang telah membuahkan bibit-bibit perpecahan yang semakin ketara, sejak kebelakangan ini.

“Berikutan dengan itu terdapat golongan yang telah memohon agar Raja-Raja Melayu bertindak untuk campur tangan menerusi apa jua ruang yang sah di sisi undang-undang, untuk memayungi keamanan dan kedamaian demi kesejahteraan hidup rakyat,” titah baginda.

Polis bertindak proaktif



Baginda juga menyeru polis mengambil tindakan proaktif di dalam menyiasat dan mengambil tindakan terhadap mereka yang membangkitkan isu sensitif melibatkan agama, kaum dan kedudukan Raja-Raja Melayu supaya menjadi satu pengajaran dan ketakutan kepada mereka yang berhasrat melakukan perkara sama di masa hadapan.

“Beta menegaskan di sini, Raja-Raja Melayu dan Majlis Raja-Raja mempunyai peranan di dalam memelihara hak orang-orang Melayu dan agama Islam sentiasa terjamin. Di samping itu Raja-Raja Melayu juga bertanggungjawab menjamin hak dan keselamatan kaum-kaum lain yang membentuk rakyat Malaysia,” titah baginda.

Sultan Sharafuddin bertitah rakyat serta pemimpin politik tidak perlu bimbang tentang pemeliharaan hak kaum masing-masing dan agama yang dianuti oleh setiap kaum di negara ini, kerana undang-undang negara khususnya Perlembagaan Persekutuan telah memperuntukkan hak bagi semua kaum dan agama kepada setiap rakyat Malaysia.

Raja-Raja Melayu pula berperanan memayungi dan menjamin semua hak yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan tersebut sentiasa dipelihara.



Sultan Selangor bertitah negara akan mundur dalam segala aspek kehidupan sekiranya pemimpin politik cenderung kepada memupuk polarisasi kaum dan mengapi-apikan perasaan rakyat atas nama bangsa dan agama.

 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelakon janda sondol suami orang

Allah nak tarik nikmat balik kejap saja – Syafiq Amzah



Ruhainies ditegur pakai seksi nampak lurah

Nur Nilam dedah video intim Azlan Komeng

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker