‘Pocong’ muncul di atas papan iklan buat ramai terkejut

Sebuah video tular  memaparkan imej lembaga menyerupai pocong sedang duduk di atas papan iklan di tepi jalan menjadi perbualan ramai dengan mereka menyifatkan situasi tersebut menyeramkan, lapor laman berita Detik kelmarin.

Video berdurasi 21 saat itu dirakam di Jalan Guntur, Garut, dalam wilayah Jawa Barat pada waktu malam.

Jika dilihat sekilas pandang, lembaga itu kelihatan seperti pocong, namun ia langsung tidak bergerak.



Tampil menjelaskan keadaan itu, Ketua Bahagian Sumber Manusia Polis Perbandaran Garut, Tubagus Agus Sofyan berkata, pocong yang dimaksudkan itu sebenarnya ialah patung yang dipasang untuk promosi iklan.

“Benar (imej pocong) tetapi ia bukan hantu. Itu hanya patung.

“Menurut penduduk setempat, ia adalah promosi iklan,” katanya. – AGENSI

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Mana Malique sembunyi?



Hanya saya dan Aslam saja tahu perkara sebenar – Marissa Dania

Aslam, jom jumpa



Konsert bercampur lelaki wanita di Jom Heboh KB, Kerajaan PAS Kelantan membisu

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker