KP Umno taja caruman Perkeso penghantar makanan

KP Umno taja caruman Perkeso penghantar makanan

Khuatir penghantar makanan “putus pendapatan” jika terbabit kemalangan, Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh mengambil inisiatif menaja sebahagian caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) golongan itu bagi tempoh setahun.

Akmal yang juga Adun Merlimau berkata permohonan penajaan itu terbuka kepada semua penghantar makanan di semua kawasan dan tanpa mengira syarikat mereka bernaung.

Menurutnya, kerajaan ada memberikan subsidi kepada golongan itu untuk mendapat perlindungan daripada Perkeso namun perlu membayar lebihan RM46 yang akan dibayar beliau menggunakan dana sendiri.

“Apabila kita tengok banyak penghantar makanan terlibat dalam kemalangan, rawatan di hospital memang percuma…ada subsidi. Tapi kalau macam kes patah kaki tangan, kerajaan tidak menanggung subsidi kos implan…besi kena bayar sendiri.

“Dia nak rehat, tak boleh bekerja, jadi putus pendapatan,” katanya dalam video di Facebook.

Bulan lalu, Perkeso menyaran pekerja yang terlibat dalam sektor penghantaran makanan (p-hailing) dan pengangkutan penumpang (e-hailing) disaran segera mendaftar serta membuat caruman dengan Perkeso bagi menjamin kebajikan mereka.

Ketua Pegawai Eksekutif Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata, masih ramai daripada golongan itu didapati tidak mencarum dengan Perkeso apabila hanya 29.8 peratus atau 208,818 individu berbuat demikian daripada keseluruhan 700,704 orang yang aktif. FMT

KP Umno taja caruman Perkeso penghantar makanan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Takkan Mimi bercium dengan Merqeen – Anna Jobling

Puteri Sarah dedah tentang hubungan dengan Andi Arsyil

Sama-sama masuk penjara, komen Noh Salleh raih perhatian

Syamsul komen isu Puteri Sarah nak saman bekas kakak ipar Ira Kazar

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker