Fahmi saman Dusuki, Papagomo dan seorang lagi
Fahmi saman Dusuki, Papagomo dan seorang lagi
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil memfailkan saman terhadap tiga individu termasuk blogger Wan Muhammad Azri Wan Deris atas dakwaan memfitnah kononnya beliau memberikan ceramah politik di sebuah masjid di Rawang, Selangor.
Ahli Parlimen Lembah Pantai itu selaku plaintif turut menyaman penceramah bebas Dusuki Rani serta pemilik dan pemilik akaun Facebook “N13 Kuang”, Mohd Fauzan Madzlan selaku defendan.
Peguam Asheeq Ali Sethi Alivi, yang mewakili Fahmi memberitahu Bernama, ketiga-tiga saman itu difailkan secara berasingan pada 5 Sept lepas di Mahkamah Tinggi di sini menerusi Tetuan Asheeq Ali & Company.
Berdasarkan pernyataan tuntutan, Fahmi mendakwa ketiga-tiga defendan telah menyiarkan kata-kata fitnah yang mendakwa plaintif menyalahgunakan tempat beribadah iaitu masjid bagi tujuan kempen pilihan raya dan bertindak bertentangan dengan titah dan perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor.
Dakwa plaintif, kata-kata fitnah itu disiarkan di akaun TikTok dan Facebook Wan Muhammad Azri pada 1 Ogos, manakala di akaun Facebook milik Mohd Fauzan serta akaun Facebook dan Instagram milik Ahmad Dusuki pada 31 Julai lepas.
Menurut Fahmi, kenyataan fitnah itu tidak berasas dan pihak Majlis Agama Islam Selangor (Mais) telah mengesahkan bahawa beliau sama sekali tidak memberikan ucapan berbaur politik seperti mana yang difitnah oleh defendan.
Plaintif turut mendakwa kenyataan fitnah itu dibuat bertujuan memburukkan nama baiknya demi mendapatkan publisiti murahan atau mewujudkan sensasi dalam arena politik negara selain menjejaskan reputasinya sebagai Ahli Parlimen dan anggota Jemaah Menteri.
Menurut plaintif, pihaknya telah telah menghantar surat tuntutan bagi ketiga-tiga individu itu menarik balik kenyataan fitnah berkenaan, membayar ganti rugi dan menyiarkan permohonan maaf kepada plaintif, namun sehingga kini mereka gagal berbuat demikian.
Fahmi mendakwa tiga defendan itu masih mengekalkan kenyataan fitnah berkenaan dalam laman sosial mereka.
Oleh itu, plaintif menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk atau teladan, dan perintah injunksi bagi menghalang kesemua defendan daripada mengulangi atau menyebabkan penerbitan semula kenyataan fitnah itu.
Plaintif juga menuntut agar tiga defendan itu membuat permohonan maaf dan menarik balik kenyataan fitnah berkenaan melalui akaun laman sosial mereka dan semua media massa dan media atas talian dengan kandungan permohonan maaf harus dipersetujui terlebih dahulu oleh plaintif.
Kes saman terhadap Dusuki dan Fauzan ditetapkan untuk pengurusan kes di hadapan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Nur Shasha Hidayah Nor Azahar pada 5 Okt ini manakala kes membabitkan Muhammad Azri pada 9 Okt di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Aisyaf Falina Abdullah. FMT
Fahmi saman Dusuki, Papagomo dan seorang lagi
Baca Artikel Menarik:
- DNAA Zahid, nak ikut persepsi atau fakta kes?
- Mahathir bersilat dengan pelakon Walid (Video)
- Nga minta Syed Saddiq lebih profesional berkait kes Zahid
- Abang Agong, pakcik Agong
- Umrah Abang Tesla ditaja?
- Remaja hilang ikut teman lelaki ditemui
- Muda dicabar tarik sokongan kalau betul anak jantan
- Pesawat bawa 12 rakyat Israel mendarat cemas di Malaysia
- Adakah rukhsah solat semasa majlis perkahwinan?
- Puteri Sarah nekad teruskan saman
- Kerana saman trafik RM50, wanita hilang RM31,638.85
- Razman tetap kena bayar ganti rugi RM250,000 kepada Guan Eng
- Suami disondol nenek
- Intan Najuwa tak sangka suami hadiahkan ‘Trulala’ (Video)
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Puteri Sarah dedah tentang hubungan dengan Andi Arsyil
Syamsul komen isu Puteri Sarah nak saman bekas kakak ipar Ira Kazar
You must be logged in to post a comment.