Johari seru pemimpin BN giat beri penjelasan kepada pengundi tegar

Johari seru pemimpin BN giat beri penjelasan kepada pengundi tegar

Barisan Nasional diseru menggiatkan penjelasan kepada pengundi tegarnya berhubung realiti semasa, agar mereka menerima dan memilih kerajaan perpaduan pada pilihan raya kelak.

Naib Presiden Umno Johari Ghani percaya penyokong setia harus tahu kenapa bukan gabungan mereka yang bertanding pada PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram, dan kenapa BN membantu Pakatan Harapan.



“Mereka setiap kali pilihan raya akan lihat BN bertanding, tidak pernah tengok BN tak bertanding. Tetapi kali ini BN tak bertanding, kita tolong PH bertanding. Kita kena banyak jelaskan kepada mereka,” katanya kepada pemberita ketika melawat perkampungan Orang Asli Bakar Batu, di Perling.

Johari, yang juga Ahli Parlimen Titiwangsa berkata pemimpin BN harus pastikan pengundi tegar gabungan itu faham tentang keperluan dan timbal balas kerjasama antara komponen kerajaan perpaduan.

“Kalau nak terus berkhidmat kepada masyarakat dan bangunkan negara kena terima dinamik politik,” katanya, mengingatkan bahawa BN menjangkakan komponen kerajaan perpaduan lain turun membantu apabila ia pula berdepan pilihan raya.

“Kita juga nak tunjukkan keikhlasan. Ini yang penting,” katanya.



Pada minggu pertama kempen, terdapat dakwaan mengatakan ahli-ahli Umno enggan menyokong calon PH, kerana komponennya terdiri daripada DAP, yang dilihat sebagai seteru sejak puluhan tahun.

BN dijangka mempertahankan DUN Pelangai pada PRK yang ditetapkan pada 7 Sept. Pada PRU lalu, BN menewaskan pencabar daripada PN, PH, dan Pejuang dengan majoriti 4,048 undi. FMT

Johari seru pemimpin BN giat beri penjelasan kepada pengundi tegar

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelakon wanita kantoi bercium dalam kelab malam

Guru skandal dengan ibu murid sendiri



Ayda Jebat lincah menari walau hamil 7 bulan (Video)

Lelaki Iban ‘knock down’ pembuli warga asing (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker