Tayar lori ‘terbang’ hentam kereta, jururawat hampir maut

JEMPOL: Seorang jururawat nyaris maut selepas tayar sebuah lori tangki tercabut dan terpelanting ke arah kereta Honda City dipandunya di Jalan Bahau-Batu Kikir di sini pada Isnin.

Rakaman video kejadian itu yang berdurasi 37 saat turut tular di media sosial.

Menerusi video berkenaan, kelihatan tayar lori terbabit tercabut secara tiba-tiba di bahagian belakang dan terus terpelanting ke arah kereta dipandu mangsa dari arah bertentangan.



Lantunan tayar itu juga dilihat agak kuat, namun mangsa mangsa sempat membrek kereta dipandu daripada terbabas.

Mangsa yang memakai pakaian jururawat kemudian dilihat keluar dari keretanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook memaklumkan kedua-dua pemandu kenderaan terlibat telah pun membuat laporan polis.

“Kejadian itu tidak melibatkan kecederaan dan pemandu lori telah disaman di bawah Peraturan 94 Kaedah-kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 kerana komponen kenderaan tercabut,” katanya. – Sinar Harian



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ustaz Syamsul Debat bikin kecoh di pentas Sepahtu Reunion (Video)



Puteri Sarah pilih pelakon Indonesia?

Janna Nick diurut Shukri, netizen naik berbulu



‘Tangan Fasha digenggam, pinggang dirangkul ‘anak ikan’



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker