Rogol bergilir, abang ipar ditahan, 4 masih diburu

Rogol bergilir, abang ipar ditahan, 4 masih diburu

Seorang daripada lima suspek kes rogol bergilir diburu sejak minggu lalu berjaya diberkas di Wangsa Maju, kata Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Bukit Aman, Siti Kamsiah Hassan.

Katanya, suspek yang juga abang ipar mangsa ditahan pada 11.30 malam, pada Sabtu.



Stay up-to-date by following FMT’s Telegram channel
“Suspek kini direman selama enam hari untuk siasatan di bawah Seksyen 375(B) Kanun Keseksaan.

“Polis kini sedang giat mengesan empat lagi suspek yang masih bebas,” katanya menurut Sinar Harian.

Terdahulu, dilaporkan dalam kejadian pada kira-kira 3.30 pagi, Rabu lalu, mangsa tersedar daripada tidur apabila tangannya diikat dan mulutnya dilekatkan dengan pita pelekat oleh suspek.

Mangsa kemudiannya dirogol bergilir-gilir lima individu, dipercayai termasuk rakan abang iparnya.



Perbuatan terkutuk itu turut dirakam suspek, dan selepas merogol mangsa, semua suspek melarikan diri.

Memetik Buletin TV3, Ketua Polis Kuala Lumpur Allaudeen Abdul Majid, berkata pihaknya sudah mengenal pasti suspek yang disyaki terbabit dalam kejadian itu dan usaha mengesan mereka sedang dijalankan. FMT

Rogol bergilir, abang ipar ditahan, 4 masih diburu

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ustaz Syamsul Debat bikin kecoh di pentas Sepahtu Reunion (Video)

Puteri Sarah pilih pelakon Indonesia?



Janna Nick diurut Shukri, netizen naik berbulu

‘Tangan Fasha digenggam, pinggang dirangkul ‘anak ikan’



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker