Dadah RM1.2 juta untuk pelajar kolej terkandas di KLIA

Dadah RM1.2 juta untuk pelajar kolej terkandas di KLIA

SEPANG: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menggagalkan cubaan menyeludup masuk dadah jenis ketamine seberat 20.14 kilogram bernilai RM1.2 juta di Pusat Mel dan Kurier Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 28 Ogos lalu.

Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan/ Pematuhan), Datuk Sazali Mohamad, berkata pemeriksaan mesin pengimbas terhadap satu kotak yang diikrar sebagai bahan farmaseutikal sebelum menjumpai 20 bungkusan plastik foil aluminium mengandungi serbuk kristal disyaki dadah jenis ketamine.



Beliau berkata, siasatan mendapati parcel itu dihantar daripada sebuah negara di Asia Tengah untuk dihantar ke sebuah lokasi di Nilai, Negeri Sembilan.

Katanya, modus operandi sindiket adalah dengan menyembunyikan dadah berkenaan di dalam plastik ‘aluminium foil’ dan menggunakan alamat palsu berdekatan dengan sebuah kolej swasta bagi mengaburi pihak berkuasa.

“JKDM tidak menolak kemungkinan dadah itu adalah untuk dijual dan diedarkan kepada pelajar kolej berkenaan,” katanya pada sidang media di Kompleks Kastam KLIA hari ini.

Yang turut hadir Pengarah Operasi Penguatkuasaan Kastam Zon Tengah, Wong Pun Sian.



Sazali berkata, setakat ini tiada tangkapan dibuat, namun JKDM sedang menjalankan siasatan bagi mengesan dalang sindiket berkenaan.

Menurutnya, sejak awal tahun ini hingga 31 Ogos, JKDM mematahkan 74 kes dadah di KLIA dengan jumlah keseluruhan RM13.4 juta.

Katanya, daripada jumlah itu 71 kes terdiri rampasan kurier, dua kes membabitkan penumpang manakala satu kes untuk dieksport.

“Antara jenis dadah dirampas ialah methamphetamine, kokain, heroin, eramin, ecstacy dan ganja,” katanya. BH



Dadah RM1.2 juta untuk pelajar kolej terkandas di KLIA

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ustaz Syamsul Debat bikin kecoh di pentas Sepahtu Reunion (Video)



Puteri Sarah pilih pelakon Indonesia?

Janna Nick diurut Shukri, netizen naik berbulu



‘Tangan Fasha digenggam, pinggang dirangkul ‘anak ikan’



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker