Muhyiddin masuk fahaman ‘takrifi’ akibat berkawan dengan PAS – Mat Sabu

Muhyiddin masuk fahaman ‘takrifi’ akibat berkawan dengan PAS – Mat Sabu

Mohamad Sabu kecewa dengan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin kerana mengeluarkan “fatwa ” haram untuk mengundi calon Pakatan Harapan (PH) Suhaizan Kayat dalam PRK Parlimen Pulai tidak lama lagi.

Presiden Amanah itu berkata Muhyiddin yang juga bekas perdana menteri itu mengeluarkan “fatwa” seperti itu akibat terpengaruh dengan PAS, rakannya dalam Perikatan Nasional (PN).



“Saya tak sangka Muhyiddin orang yang saya hormat. Saya jarang sentuh beliau tapi bila beliau buat “fatwa” haram undi calon kita, inilah akibat berkawan dengan PAS.

“Beliau dah masuk fahaman ‘takrifi’ (menuduh orang lain sebagai kafir). Jadi kena jaga, tolonglah bila beza pandangan jangan cop orang ini ahli syurga atau neraka. Itu Allah tentukan,” katanya dalam satu ceramah di Pulai malam tadi.

Mohamad mengulas kenyataan Ahli Parlimen Pagoh itu semasa Ceramah Perdana di Dataran Utama, Kempas pada Sabtu bahawa “haram memberikan undi kepada Suhaizan.”

Kata beliau lagi, pengundi mesti menolak fahaman seperti itu dan dengan memastikan calon PH menang di PRK Parlimen Pulai serta DUN Simpang Jeram.



“Tanda tak izinkan (budaya negatif masuk ke Johor) kita kena menangkan Pulai dan DUN Simpang Jeram,” kata Mohamad.

PRK bagi kerusi Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram dijalankan susulan kekosongan luar jangka berikutan kematian penyandangnya menteri perdagangan dalam negeri dan kos sara hidup Salahuddin Ayub pada 23 Julai.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan pengundian awal pada 5 Sept dan hari mengundi pada 9 Sept. FMT

Muhyiddin masuk fahaman ‘takrifi’ akibat berkawan dengan PAS – Mat Sabu



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

GV10, gegar segala gegar



Jangan tayang suami kalau takut disondol – Che Ta

Saya bukan orang ketiga antara Nafiez dan Fify – Neera



Saya Anak Malaysia lagu wajib Hari Kebangsaan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker