Kelebihan dan keajaiban solat asar dan subuh
Kelebihan dan keajaiban solat asar dan subuh
Solat merupakan ibadah yang penting, istimewa dan unik. Ia hanya dikhususkan kepada umat Islam, dan tidak kepada agama lain. Solat adalah lambang keterikatan manusia dengan pencipta Nya. Andai putus ibadah solat, maka terputuslah hubunganya dengan Allah S.W.T.
Keistimewaan dan keunikan solat perlu dihayati oleh setiap umat Islam kerana kedudukannya yang sangat tinggi di antara ibadah-ibadah yang lain. Ia menjadi amalan pertama yang akan dihisab di hari kiamat, berdasarkan hadis Nabi s.a.w.
“Sesungguhnya amalan manusia pertama yang akan dihisab pada hari kiamat adalah solat. Sekiranya baik solatnya maka beruntunglah dia. Sekiranya buruk ibadah solatnya, maka rugilah dia.” (HR Tirmizi & Ibnu Hajah)
Tahukah anda, setiap solat yang diwajibkan mempunyai banyak fadilat dan kelebihan tersendiri, sepertimana disebutkan dalam hadis-hadis Baginda s.a.w. umpamanya solat asar. Allah S.W.T. memberikan kemuliaan yang tersangat tinggi kepada hamba Nya yang mendirikan solat ini berdasarkan hadis riwayat Abu Hurairah r.a. katanya, sesungguhnya Rasulullah s.a.w. bersabda,
“Bersilih ganti datang kepada kamu malaikat malam dan malaikat siang, lalu mereka bertemu ketika solat subuh dan asar. Kemudian ketika naiknya malaikat malam ke langit, maka bertanyalah Allah S.W.T. kepada mereka sedangkan Allah S.W.T. Maha Mengetahui segala tindak tanduk mereka.
Bagaimanakah keadaan hamba ku ketika kamu meninggalkan mereka?” Para malaikat menjawab, “Kami telah meninggalkan mereka dalam keadaan mereka bersolat, dan ketika kami mula-mula mendatangi mereka, mereka juga sedang bersolat.” HR Muslim
Imam an-Nawawi mengulas hadis ini dengan katanya,
“Sesungguhnya pertemuan para malaikat malam dan malaikat siang, ketika solat subuh dan asar menandakan betapa Allah itu Maha Lembut dan Maha bertimbang rasa terhadap hamba Nya yang mukmin. Ia juga merupakan satu penghormatan tertinggi daripada Allah kepada mereka yang beristiqomah menunaikan solat fardu berjamaah.
Secara tidak langsung, jadilah para malaikat itu sebagai saksi kepada manusia yang beriman saat mendirikan ibadah solat subuh dan asar, serta ibadah-ibadah yang lain pada ketika itu. Bukan hanya sebagai saksi, malah para malaikat ini turut memohon keampunan daripada Allah untuk mereka yang melakukan solat berjamaah”.
Bayangkan, bagaimana makhluk yang tidak pernah melakukan sebarang dosa dan maksiat ini berdoa memohon keampunan kepada Allah untuk kita. Itu sudah cukup menjadi bukti betapa tingginya kedudukan kita antara manusia yang lain.
Dalil yang membuktikan bahawa para malaikat memohon keampunan terutama bagi mereka yang mendirikan solat subuh dan asar secara berjamaah adalah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Khuzaimah dengan katanya,
“Lalu para malaikat menjawab,
“Ketika kami datang menemui mereka, mereka sedang solat, dan ketika kami meninggalkan mereka, mereka juga sedang solat. Oleh itu berikanlah keampunan untuk mereka pada hari pembalasan kelak”.
Hadis ini juga turut diriwayatkan oleh Imam Ahmad dalam kitabnya al-Musnad.
Selain itu terdapat juga riwayat berdasarkan hadis di atas yang menyatakan, para malaikat yang mencatit amalan manusia mempunyai dua giliran tugas iaitu, pada waktu masuk subuh dan pada waktu masuknya asar.
Mereka yang akan menyampaikan laporan tentang segala aktiviti manusia di dunia. Kerana itulah adanya lafaz bahawa solat subuh dan solat asar itu dipersaksikan.
Antara sebab lain mengapa kedua-dua solat ini diperhatikan para malaikat kerana, solat subuh adalah waktu peralihan dari malam menuju ke siang, maka malaikat yang bertugas akan melaporkan segala aktiviti manusia di waktu siang.
Manakala solat asar pula adalah peralihan waktu masuknya malam. Maka malaikat yang bertugas akan melaporkan pula segala aktiviti manusia di waktu malam.
Selain itu, waktu kedua-dua solat ini juga begitu singkat sedangkan saat itulah kita diberatkan dengan tidur di waktu subuh serta disibukkan dengan pelbagai urusan dunia ketika waktu asar. Pastilah ia menjadi amat berat dan sukar untuk kita melaksanakannya melainkan dengan iman dan takwa yang kuat. Justeru beruntunglah mereka yang dapat mendirikan solat ketika subuh dan asar. Wallahu a’lam Utv
Kelebihan dan keajaiban solat asar dan subuh
Baca Artikel Menarik:
- Ahli politik dera pembantu rumah
- Scam apa harga RM5?
- Ayu Puteh jadi lumpuh sementara
- Kamu siapa, hentikan perkara karut ini – Anwar
- Pukul penunggang motor di Cheras, polis lakukan siasatan [VIDEO]
- Makan seafood RM1,102, bayar RM400 keluar lari dari restoren
- Faizal Tahir dedahkan Siti hamba Allah paling baik dan dermawan
- Gaduh di Machang: Suspek syak penjawat awam ada hubungan sulit dengan isteri [VIDEO]
- Mufti Kelantan tegur Muhyiddin
- Kakitangan awam maut selepas bertumbuk
- Ini sebab Faizal Tahir enggan nyanyi lagu cinta
- Dialah orang politik, dialah mufti
- Muhyiddin tak tahu ke?
- Cukuplah Uqasha – Kamal Adli
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Ustaz Syamsul Debat bikin kecoh di pentas Sepahtu Reunion (Video)