Muhyiddin fatwakan haram undi Suhaizan

Muhyiddin fatwakan haram undi Suhaizan

Haram hukumnya mengundi calon PH Suhaizan Kaiat pada pilihan raya kecil parlimen Pulai ini, dakwa Pengerusi PN Muhyiddin Yassin.

Tindakan tidak mengundi Suhaizan itu, kata Muhyiddin lagi perlu bagi menunjukkan bantahan dan kemarahan pengundi terhadap Kerajaan Perpaduan.



“Jangan bagi satu undi pun pada pihak Suhaizan Kayat (calon PH di Parlimen Pulai), bekas Speaker (DUN Johor). Jangan bagi satu undi pun.

“Saya bagi hukum haram. Ada yang esok mencabar saya berhubung hal ini, tanya ikut fatwa mana.

“Namun tak boleh (undi) kerana situasi yang sudah berlaku sekarang, sudah sembilan bulan berlalu ujian (bagi rakyat) macam soal kenaikan harga barang,” katanya seperti dipetik laporan Berita Harian.

Dia dipetik berkata demikian ketika majlis Ceramah Perdana PN di Kempas, di Johor Bahru malam tadi yang turut dihadiri Setiausaha Agung PN, Hamzah Zainudin; Presiden Gerakan Dominic Lau Hoe Chai; Ketua Penerangan PN Mohamed Azmin Ali dan calon PN Zulkifli Jaafar.



Sementara itu, Muhyiddin juga mendakwa rakyat kini berada dalam keadaan kesusahan dan harga barang pula semakin melambung.

“Kita berdoa kepada Allah setiap kali sembahyang, tetapi kita minta juga kerajaan bantu dan tolong supaya rakyat tidak menderita.

“Namun apa yang dia (Anwar Ibrahim) buat, itulah yang kita hadapi sekarang,” katanya lagi.

Menurut Muhyiddin, melalui PRK Pulai ini, PN akan menentang habis-habisan Anwar dan Kerajaan Perpaduan.



“Tidak akan beri satu undi pun kepada parti yang menentang calon kita (Zulkifli),” tegasnya.

Dulu halal, kini haram

Dalam perkembangan berkaitan, Pengerusi BN Ahmad Zahid Zahid Hamidi dipetik Berita Harian berkata ‘fatwa’ Muhyiddin itu sekadar kenyataan politik semata-masa.

“Ada seorang yang bukan ulama telah mula keluarkan fatwa politik kononnya undi Suhaizan Kaiat haram.



“Saya hendak tanya dengan orang itu (Muhyiddin) ayat Al-Quran dari mana?

“Hadis dari mana? Qias dari mana? Pandangan ijmak ulama dari mana,” soalnya.

Ahmad Zahid hari ini juga berkata keadaan bebeza ketika Muhyiddin bekerjasama dengan PH pada PRU14 lalu dengan hukum “semuanya halal.”

“Apabila tidak sealiran dengan PH, keluarlah fatwa yang pelbagai,” katanya yang juga timbalan perdana menteri.



Kata Zahid, rakyat Johor khususnya pengundi Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram, perlukan kestabilan.

“Rakyat Johor lebih matang. Apa pun propaganda muslihat yang mahu menggunakan rakyat untuk perjuangkan mereka, tetapi yang dilakukan adalah sebaliknya.

“Pengundi Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram terus istiqamah memilih wakil rakyat dari kerajaan. Kerajaan Perpaduan terbaik,” katanya. Mk

Muhyiddin fatwakan haram undi Suhaizan



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

GV10, gegar segala gegar

Jangan tayang suami kalau takut disondol – Che Ta

Saya bukan orang ketiga antara Nafiez dan Fify – Neera

Saya Anak Malaysia lagu wajib Hari Kebangsaan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker