Remaja 14 tahun maut terjun tingkat 12 kondominium

KUALA LUMPUR – Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun disahkan meninggal dunia selepas disyaki terjun dari tingkat 12 sebuah kondominium di Jalan Tiara Titiwangsa Setapak, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, pihaknya menerima panggilan berkenaan orang jatuh dari bangunan pada pukul 8.20 malam.

“Setibanya di lokasi, polis mendapati mangsa merupakan seorang remaja perempuan warga asing berusia 14 dalam keadaan tertiarap di atas jalan di Blok B banggunan tersebut.



“Mangsa mengalami kecederaan di bahagian kepala dan telah disahkan meninggal dunia oleh pihak parademik pada pukul 8.40 malam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, mangsa tidak mempunyai sebarang rekod masalah mental dan menetap di Malaysia selama lapan tahun serta tinggal bersama ibu dan seorang kakak.

Bagaimanapun, menurut Ashari, bapa mangsa kini berada di Bangladesh dan tidak bersama mereka.

“Hasil siasatan mendapati, mangsa memanjat tong sampah warna hitam yang berada di balkoni sebelum terjun ke bawah.



“Siasatan awal diperoleh menunjukkan tiada unsur-unsur jenayah selain tiada televisyen litar tertutup (CCTV) di kediaman mangsa,” katanya.

Tegas Ashari, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan mangsa telah dibawa ke forensik Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rita Rudaini dah nikah?

Puteri Sarah mahu saman, ini teguran Yusof Haslam



DSV jangan takbur sangat

Guru benarkan pelajar Hindu pukul pelajar Islam di India



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker