Pengarah urusan RGB International dibebas dengan jaminan SPRM

Pembekal mesin kasino terkemuka itu menafikan penglibatannya dalam pembiayaan politik.

Pengarah urusan RGB International dibebas dengan jaminan SPRM

Pengarah urusan RGB International Bhd, pembekal mesin kasino terkemuka, dibebaskan dengan jaminan ketika siasatan masih diteruskan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kata syarikat itu hari ini.

Menurut pemfailan kepada Bursa Malaysia semalam, RGB berkata Pengarah Urusannya, Chuah Kim Seah memberi kerjasama penuh kepada SPRM dalam siasatannya.



“Syarikat itu ingin menekankan sebahagian besar siasatan tertumpu kepada perniagaan peribadinya berkaitan kelab slot. Pembabitan RGB dalam siasatan ini hanya berkaitan penjualan mesin kepada kelab slot Malaysia.

“Syarikat ingin menegaskan ia tidak dan tidak akan membenarkan sebarang bentuk ‘pembiayaan politik’. Pengarah syarikat itu tiada kaitan dengan mana-mana ahli politik di negara ini,” katanya.

RGB berkata, Pengarah Bukan Eksekutifnya, Norazman Hamidun tidak ditahan agensi antirasuah itu.

Memetik sumber, Utusan Malaysia melaporkan 13 orang, termasuk seorang individu bergelar “Tan Sri” ditahan SPRM minggu lalu berhubung pembiayaan politik untuk PRU15.



Akhbar itu melaporkan VIP dan pemimpin politik tertentu menerima antara RM6 juta dan RM7 juta.

Ahad lalu, blog dikenali sebagai Sabah Kini menyiarkan artikel mendakwa RGB antara syarikat diserbu SPRM.

Pada Disember 2022, Malaysiakini memetik Perdana Menteri, Anwar Ibrahim membayangkan dana Perikatan Nasional untuk kempen pilihan raya sebahagiannya datang daripada syarikat perjudian, khasnya yang mengambil bahagian dalam “cabutan khas” nombor 4D.

Timbalan Perdana Menteri, Zahid Hamidi dilaporkan mengulangi kenyataan perdana menteri dan mendakwa beliau yakin “pihak lain” mendapat dana daripada syarikat perjudian. FMT



Pengarah urusan RGB International dibebas dengan jaminan SPRM

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rita Rudaini dah nikah?



Puteri Sarah mahu saman, ini teguran Yusof Haslam

DSV jangan takbur sangat



Guru benarkan pelajar Hindu pukul pelajar Islam di India



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker