Diacu parang penyamun bertopeng, suami isteri berdepan detik cemas
Diacu parang penyamun bertopeng, suami isteri berdepan detik cemas
HULU TERENGGANU: Sepasang suami isteri di Kampung Nibong, dekat sini, berdepan detik cemas apabila diikat kedua-dua tangan dan diacu parang oleh sekumpulan penyamun bertopeng yang memecah masuk rumah mereka pada awal pagi, semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 pagi itu, mangsa, Azlan Shah Mat Room, 36, dan isterinya, Zaleha Mamat Don, 34, kerugian sejumlah wang tunai serta barang kemas bernilai lebih RM40,000.
Menurutnya, kejadian berlaku sewaktu dia bersiap untuk tidur dan terkejut apabila didatangi enam individu bertopeng serta bersenjata tajam di hadapan pintu biliknya.
“Saya tidak sempat berbuat apa-apa. Mereka terus meluru masuk ke dalam bilik dan menyuruh saya meniarap atas katil sebelum kedua-dua tangan diikat menggunakan langsir yang dikoyak perompak.
“Isteri yang sudah tidur ketika itu dikejutkan mereka dan turut diikat serta dipijak perompak. Bagaimanapun mereka membuka semula ikatan isteri sebelum perompak tersebut melarikan diri kira-kira pukul 3 pagi.
“Sejurus selepas itu, isteri terus membuka ikatan tangan saya dan kami segera ke rumah bapa saudara yang tinggal berdekatan bersama dua anak lelaki berumur tujuh serta tiga tahun,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Nibong, hari ini.
Tambah Azlan Shah yang merupakan kakitangan pihak berkuasa tempatan, dia bersyukur kerana kedua-dua anaknya yang tidur di bilik bersebelahan tidak diapa-apakan serta tidak menyedari kejadian berlaku hampir dua jam itu.
Katanya lagi, sekumpulan perompak tersebut memecah masuk rumahnya melalui tingkap bilik tidur anaknya dan sebelum kejadian dia telah terdengar bunyi sesuatu dari bawah rumah namun tidak syaki apa-apa.
“Biasanya waktu malam lembu berada bawah rumah, sebab itulah saya cuma ingat haiwan itu. Tidak sangka rupanya sekumpulan perompak menarik tangga untuk untuk memecah masuk kediaman saya.
“Sepanjang lebih 10 tahun tinggal di sini, ini kejadian pertama dilalui. Walaupun kerugian puluhan ribu ringgit dan rumah habis digeledah, syukurlah kami sekeluarga selamat,” katanya yang membuat laporan di Balai Polis Kuala Berang.
Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Asisten Superintenden Raja Saripah Robiah Raja Sulaiman ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian pecah masuk rumah mangsa terbabit. Utusan
Diacu parang penyamun bertopeng, suami isteri berdepan detik cemas
Baca Artikel Menarik:
- Kerajaan boleh bertukar bila-bila masa – Hadi
- Nabil Aqil rasa lebih dekat dengan watak lelaki songsang
- Muhyiddin patut arah menantu pulang bantu siasatan
- Mat Sabu akan dedah punca PAS keluar PR hari ini
- Pekerja ‘car wash’ pandu Lamborghini pelanggan rempuh lori
- Gerakan buat pusingan U, kini isytihar sokong Modul Penghayatan Hadis 40
- Anak bekas Presiden PAS cabar Hadi arah gantung kuasa Lembaga Pengampunan di negeri PAS
- Sophia Albarakbah putus cinta?
- ‘Jumpa di mahkamah’ – Puteri Sarah nak saman bekas menantu Kazar
- Diva AA mengamuk, siap suruh tunggu azan kubur
- Nazim dikecam macam pondan
- Cara orang Pas menipu
- Warden penjara dedah rahsia, suami Mona Fandey
- Dakwah Ebit Lew tiada kesan kepada Mondy (Video)
Layari Laman Facebook MYKMU.NET