‘Jumpa di mahkamah’ – Puteri Sarah nak saman bekas menantu Kazar
a
PETALING JAYA – “Lain kali nak cerita buruk, sila mengumpat di rumah saja bukan di media sosial. Jangan dijolok sarang tebuan”.
Demikian peringatan pelakon, Puteri Sarah terhadap wanita didakwa bekas kakak ipar kepada Ira Kazar yang dikatakan masih mengganggu ketenteramannya.
Akui aktres itu, selepas memuat naik hantaran berupa tohmahan, individu sama meminta untuk bersemuka.
Namun ibu kepada dua cahaya mata itu tetap bertegas dengan keputusan untuk meneruskan tindakan undang-undang terhadap wanita tersebut.
Enggan lagi terus dijadikan modal fitnah, Puteri Sarah atau nama sebenarnya, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin juga menolak ajakan wanita terbabit yang mahu bersua muka dengannya.
“Nak jumpa saya? Maaf, bercakap dengan peguam saya. Saya jumpa di mahkamah nanti,” katanya ringkas.
Tegas Puteri Sarah lagi, dia tidak akan memulakan peperangan andai pihak terbabit tidak ‘menjentik’ terlebih dulu.
Katanya, ini bukan masa untuk berdrama seperti tanggapan pihak berkenaan memandangkan jadual kerjanya sudah cukup padat.
“Kalau awak tidak memulakan, saya tidak akan memulakan. Saya sibuk dengan bisnes, sebulan dua kali turun naik Jakarta, tiada masa nak berdrama, nak cari pasal,” ujarnya.
Tambah personaliti popular berusia 37 tahun itu, dirinya sudah memulakan hidup baharu selepas bercerai dengan Syamsul Yusof.
“Orang dah ‘move on’ tak perlu nak ungkit cerita semua. Sekarang, nak ‘play victim’ (mangsa) pula kata tak bercerita.
Dalam perkongsian semalam, Puteri Sarah mendedahkan individu bernama Wiwie Darvienda Mazweena seakan-akan tidak bersyukur saman terhadap bekas madunya serta dua ahli keluarga sudah ditarik apabila wanita tersebut terus berbunyi.
Pada Jun tahun lalu, Puteri Sarah memfailkan satu tindakan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan dua aduan di pejabat agama terhadap Ira yang didakwa kekasih Syamsul ketika itu.
Mahkamah kemudian mengeluarkan perintah injunksi inter-parte bagi kedua-dua pihak antara lain menyatakan Ira atau sesiapa berkaitan anak pelakon Kazar Saisi itu tidak menjejaskan ketenteraman Puteri Sarah, keluarganya dan keluarga Datuk Yusof Haslam.
Kemelut rumah tangga Syamsul dan Puteri Sarah akhirnya berakhir apabila disahkan bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 14 Jun lalu.
Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan itu dikurniakan dua cahaya mata, Syaikhul Islam , 6, dan Summayah, 5
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Rosyam Nor tanam rambut rupanya
- Pak Mail amat sayangkan Muhyiddin dengan Hadi
- Kalau macam ini pemikirannya, carilah pengganti lain – Akmal
- Sharifah Sakinah sedang bercinta dengan lelaki berpengaruh besar
- Pensyarah rogol pelajar berkali-kali
- Azwan Ali disihir, badan rasa seperti dibakar
- Surat tunjuk sebab kepada Jailani akan dikeluarkan – Asyraf
- Suami Nad Zainal bersuara
- Nak kecam silakan – Baby Shima
- Giliran Amirudin tertawakan Sanusi
- Zahid kini diangkat sebagai ‘Ayahanda’ Wanita UMNO
- Jangan kusutkan otak fikir kenapa – Nad Zainal
- Najib Perdana Menteri paling popular di Facebook
- ‘Panglima Terengganu’ pertahan Zahid, “Kita kejar PRU16”
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.