Kejohanan Dunia: Gandingan China sekat kemaraan Pearly-Thinaah

Selepas mencipta kejutan menumbangkan pilihan keempat, perjalanan beregu wanita utama negara Pearly Tan-M. Thinaah pada Kejohanan Dunia 2023 di Copenhagen, Denmark berakhir selepas tersingkir di pusingan suku akhir, malam ini.

Pada aksi di Royal Arena, gandingan negara di ranking dunia ke-11 itu ditunjukkan jalan keluar oleh pasangan China Zhang Shu Xian-Zheng Yu, yang bangkit daripada kekalahan set pertama untuk mencatatkan kemenangan 17-21, 21-17, 21-19 dalam tempoh 76 minit.

Pasangan China itu, akan membuat perhitungan berdepan rakan senegara yang juga pilihan pertama Chen Qingchen-Jia Yi Fan, di pentas separuh akhir.



Semalam, Pearly-Thinaah mempamerkan aksi mengagumkan ketika mengejutkan Mayu Matsumoto-Wakana Nagahara dari Jepun, 21-14, 22-20 pada pusingan ketiga untuk mara ke suku akhir.

Pada masa sama, beregu campuran negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei turut terkandas di suku akhir, apabila gagal menyaingi kehebatan pilihan kedua yang juga pemenang pingat perak edisi lalu Yuta Watanabe-Arisa Higashino dari Jepun, selepas tewas 11-21, 11-21.

Tang Jie-Ee Wei dan Pearly-Thinaah bersama beregu lelaki utama negara yang juga juara bertahan Aaron Chia-Soh Wooi Yik, merupakan wakil negara yang berjaya mengharungi cabaran layak ke suku akhir.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jumpa kamu di alam lain Nad – Sharifah Sakinah



Aliff Syukri bengang pasal Ira dan Puteri Sarah

Berzina dengan ibu kandung



Saya tahu masalah Nad – Marsha Milan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker