Kami akan lawan – TMJ

Kami akan lawan – TMJ

Johor Darul Ta’zim (JDT) berdepan laluan sukar di pentas Liga Juara-Juara Asia (ACL) apabila diundi dalam Kumpulan I bersama gergasi Korea Selatan, Jepun dan Thailand.

Kedudukan JDT bersama juara dua kali ACL, Ulsan Hyundai dan Kawasaki Frontale dianggap mengulangi skrip musim lalu apabila ketiga-tiga mereka turut diundi dalam Kumpulan I.



Satu lagi pasukan yang turut diundi dalam Kumpulan I pada majlis undian, semalam adalah naib juara Liga 1 Thailand, BG Pathum United.

Pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyifatkan saingan sukar bakal diharungi Harimau Selatan dalam Kumpulan I walaupun musim lalu menyaksikan JDT muncul juara kumpulan mengatasi Ulsan Hyundai dan Kawasaki Frontale.

“Kumpulan yang sukar, Lion (City Sailors) dan Buriram (United) kumpulan senang. Tetapi tiada masalah. Kita akan melawan macam setiap tahun.

“Tidak akan menyerah kalah. Demi Johor, JDT dan penyokong, kami akan melakukan yang terbaik,” tulis Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) di ruangan komen Instagram kelab, officialjohor.



JDT mencipta sejarah dalam saingan ACL musim lalu apabila mara ke pusingan kalah mati kejohanan tertinggi Asia itu buat kali pertama.

Juara bertahan Liga Super sembilan kali berturut-turut itu muncul juara kumpulan selepas mengumpul 13 mata hasil daripada empat kemenangan, satu seri dan tewas sekali.

Ketika itu, JDT yang juga juara Piala AFC 2015 berjaya menewaskan Ulsan Hyundai sebanyak dua kali menerusi keputusan 2-1 dalam aksi peringkat kumpulan selain seri tanpa jaringan dan tewas 0-5 berdepan Kawasaki Frontale.

Selain itu, Harimau Selatan turut merekodkan dua kemenangan ke atas Guangzhou FC untuk muncul juara kumpulan sebelum tewas 0-5 kepada juara, Urawa Red Diamonds di peringkat 16 terbaik.



Pentas ACL musim ini bagaimanapun berbeza memandangkan ia akan dilangsungkan secara timbal balik berbanding kempen tahun lalu yang diadakan secara berpusat dengan Harimau Selatan menjadi tuan rumah bagi Kumpulan I. BH

Kami akan lawan – TMJ

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Jumpa kamu di alam lain Nad – Sharifah Sakinah

Aliff Syukri bengang pasal Ira dan Puteri Sarah



Berzina dengan ibu kandung

Saya tahu masalah Nad – Marsha Milan



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker