Gabungan PH-BN cara terbaik selamatkan negara – Anwar

Gabungan PH-BN cara terbaik selamatkan negara – Anwar

Gabungan kerjasama Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) menerusi Kerajaan Perpaduan adalah kaedah terbaik menyelamatkan Malaysia ketika ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, hal itu kerana pihak pembangkang menarik sokongan rakyat menggunakan kaedah ektremis dengan memainkan isu kaum dan agama.



Menurut beliau, perkara itu tidak ubah seperti gerakan-gerakan fasisme yang banyak berlaku dalam suasana politik negara barat seperti Amerika Syarikat (AS).

“Walaupun tidak sama sepenuhnya, namun kerajaan berdepan cabaran dan asakan berlandaskan fitnah dan kecaman, pertarungan ini lebih rumah daripada biasa kerana hasutan mereka membangkitkan emosi, sikap prasangka serta kebencian dan bukan sebaliknya menggunakan pertimbangan rasional.

“Perkara ini bukan asing di dunia khususnya di benua Eropah, kebangkitan neo nazi dan fasisme yang menyebabkan segerombolan kalangan muda membenci kaum minoriti, orang asing dan agama lain.

“Jadi jawapannya adalah dengan menggunakan landasan kebijaksanaan dan pertimbangan waras bagi memahami semangat Malaysia tulen. Jadi dengan aspek progresif PH serta pengalaman pentadbiran BN, gabungan ini adalah wadah terbaik selamatkan Malaysia sekarang,” katanya. K Online



Gabungan PH-BN cara terbaik selamatkan negara – Anwar

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jumpa kamu di alam lain Nad – Sharifah Sakinah



Aliff Syukri bengang pasal Ira dan Puteri Sarah

Berzina dengan ibu kandung



Saya tahu masalah Nad – Marsha Milan



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker