BPR Fasa 2 mula dibayar 7 Mei ini

Permohonan rayuan dibuka mulai 15 hingga 30 Jun 2021

Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Fasa 2 mula dibayar 7 Mei ini. Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, bayaran Fasa 2 BPR melibatkan peruntukan berjumlah RM2.75 bilion itu akan membabitkan 8.4 juta penerima

“Fasa 2 BPR menyusul untuk memanfaatkan penerima yang sama merangkumi 3.6 juta isi rumah, satu juta warga emas dan 3.8 juta individu bujang.

“Mereka akan menerima bayaran secara berperingkat mulai 7 Mei 2021,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.



Beliau berkata, bagi memastikan program BPR disasarkan kepada mereka yang benar-benar layak, tempoh permohonan rayuan akan dibuka mulai 15 hingga 30 Jun 2021. 

Najib ‘bantu’ Wan Saiful senaraikan masalah ditinggal pentadbirannya

“Dengan adanya proses rayuan ini, sebahagian daripada mereka yang telah ditolak permohonannya masih diberi peluang untuk mengemukakan rayuan beserta dokumen yang berkaitan untuk disemak semula oleh LHDNM,” katanya.



Dalam pada itu, Tengku Zafrul berkata, setakat Mei 2021, jumlah keseluruhan bantuan langsung kerajaan merangkumi BPN2.0 dan BPR Fasa 1 dan 2 yang telah dan akan disalurkan bagi golongan B40 adalah bernilai RM6.59 bilion.

“Kerajaan sentiasa komited untuk memastikan bantuan yang diperuntukkan sampai kepada mereka yang disasarkan bagi menjamin kesejahteraan rakyat,” katanya lagi.

Baca Juga ; https://mykmu.net/2021/05/05/siapa-layak-memerintah-malaysia/

Jangan lupa Like FB MyKMU



Najib ‘sekolahkan’ Wan Saiful



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker