Video pergaduhan tular: Lan Pet Pet buat laporan polis

Sebaran :


PELAKON dan pelawak, Lan Pet Pet atau nama sebenarnya, Mazlan Ahmad telah membuat satu laporan polis berkaitan video pergaduhan tular yang membabitkan dirinya.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintenden Ashari Abu Samah berkata mengesahkan perkara tersebut.

“Kejadian berlaku pada 1 Mei 2021 kira-kira pukul 6.30 petang dan menerusi rakaman berdurasi 23 saat itu, kelihatan pelakon tersebut sedang berselisih faham dengan seorang penunggang motosikal yang juga merupakan seorang penghantar makanan.

“Kejadian berlaku di hadapan kedutaan Rusia dan dikatakan tercetus akibat perselisihan faham di jalan raya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Ashari, setakat ini pihaknya telah menerima laporan daripada pelakon tersebut berhubung kejadian namun semakan mendapati tiada menerima laporan daripada penunggang motosikal.

Ujarnya, individu yang terlibat juga diminta tampil membuat laporan polis agar siasatan dapat dijalankan dan orang ramai yang mempuyai sebarang maklumat berkaitan kes ini boleh menyalurkannya ke Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999.

“Orang ramai juga boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju di talian 03-9289 9222 atau mana-mana balai polis yang berdekatan,” katanya.

Pagi tadi, Suara Merdeka melaporkan satu video pergaduhan tular dipercayai melibatkan Lan Pet Pet bersama seorang penghantar makanan. SM

[VIDEO] Pelawak Popular Lan Pet Pet Buat Hal Lagi


Sebaran :

Leave a Reply