Najib ‘bantu’ Wan Saiful senaraikan masalah ditinggal pentadbirannya



Sebaran :


Najib ‘bantu’ Wan Saiful senaraikan masalah ditinggal pentadbirannya

Senarai ‘masalah’ tersebut dibuat Najib selepas Wan Saiful dalam satu kenyataan meminta rakyat supaya jangan lupa masalah yang ditinggalkan Najib ketika mentadbir Malaysia.

“Masalah yang ditinggalkan Najib termasuk naikkan kekayaan negara sebanyak RM1.2 trilion dari RM800 bilion pada akhir tahun 2008 ke RM2 trilion pada akhir tahun 2017 supaya kerajaan PN boleh belanja RM600 bilion untuk mengaku prihatin sehingga PM8 sendiri kata Malaysia tak ada banyak duit lagi.



“Siapa yang tinggalkan kekayaan itu bagi kerajaan PN belanja RM600 bilion? Guan Eng ke? Atau kerajaan PN menabung dari kecil?

“Masalah yang ditinggalkan Najib juga ialah rizab tunai Petronas sebanyak RM171 bilion yang dinaikkan dari RM30 bilion supaya PH dan PN boleh jarah lebih seratus bilion dalam tempoh masa tak sampai 3 tahun.

Aset bersih Khazanah

Najib ‘bantu’ Wan Saiful  mengingatkan “Masalah yang ditinggalkan Najib termasuk aset bersih Khazanah yang dinaikkan dari RM32 bilion ke RM116 bilion supaya kerajaan PH dan PN boleh jual aset secara lambak.



“Ini termasuk penjualan sepenuhnya Silterra yang dipulihkan keuntungan masa Najib pada harga cuma RM270 juta oleh kerajaan PN dalam tempoh Darurat ini pada ketika industri semikonduktor dunia meletop naik walaupun kerajaan telah melabur berbilion-bilion dalam Siltera dan kos gantian untuk bina kilang semikonduktor baru sekurang-kurangnya AS$1 bilion.

“Masalah yang ditinggalkan Najib juga termasuk dana Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) yang dinaikkan dari RM4.3 bilion ke RM16.9 bilion masa Najib supaya kerajaan PN boleh korek RM5 bilion hari ini.

Pelaburan Asing

”Masalah yang ditinggalkan Najib juga ialah ekonomi yang mantap dengan pelaburan asing antara paling tinggi dalam ASEAN”



”Dividen dan hibah tinggi dengan sistem bantuan yang diperkenalkan dan dinaikkan setiap tahun secara konsisten sepanjang 9 tahun Najib.”

”Stock market pada tahap paling tinggi dalam sejarah yang kemudiannya dijahanamkan kerajaan PH.

Kerajaan PN menjadi antara paling teruk dalam dunia dan pelaburan asing paling teruk dalam ASEAN,” kata Najib.



Beliau meminta supaya Wan Saiful menafikan ‘masalah-masalah’ yang ditinggalkannya itu.

Najib juga meminta Wan Saiful supaya menamakan parti dan Perdana Menteri dari parti mana dalam kerajaan Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional semasa kerosakan ekonomi berlaku sejak Pilihan Raya Umum ke-14 lalu. SM

Baca Juga https://mykmu.net/2021/03/20/ppbm-nafi-terima-komisyen-rm500j/



Jangan lupa like FB MYKMU

PPBM nafi terima komisyen RM500j


Sebaran :


One thought on “Najib ‘bantu’ Wan Saiful senaraikan masalah ditinggal pentadbirannya

  • bila difikirkan besar punya haram pentadbiran ph & pn
    kerjanya cuma tahu menjarah & jual aset sebab
    kepala otak letak kat lutut tak tahu jana pendapatan selepas mansuh GST
    pn dah terlingkup, rakyat harus juga terlingkupkan pn
    zaman UMNO & BN jadi kerajaan takde pun tuhan turunkan bala seperti pandemik covid 19

    Reply

Leave a Reply