5 cara untuk isteri tangani suami curang

5 cara untuk isteri tangani suami curang

“Eh, aku ternampak suami kau keluar dengan kawan kita, Linda baru-baru ni. Siap mesra-mesra macam pasangan bercinta lagi.”

Rasa macam dunia terbalik bila tahu suami yang kita cinta adalah seorang yang miang dan kaki curang! Walaupun rasa nak mengamuk, bergaduh atau meninggalkan suami, Miss Murai syorkan para isteri untuk handle situasi tersebut begini.



*1 Jangan terlampau mengikut emosi

Bila tahu suami miang dan curang mulalah rasa nak mengamuk dan minta cerai, betul tak? Walaupun rasa seperti itu, nasihat Miss Murai kamu perlu bersabar sekejap dan jangan ikut emosi.

Terlampau mengikut emosi boleh mengakibatkan kamu tidak dapat berfikir waras dan melakukan keputusan yang memberi kesan buruk dalam jangka masa yang panjang terutamanya pada anak-anak.

*2 Selidik dan dapatkan bukti terlebih dahulu



Sekiranya kamu tanya pada suami dan dia tidak mengaku akan perbuatannya, tidak mengapa. Kamu boleh selidik dan kumpul bukti secukupnya untuk buktikan suami kamu bersalah.

Jika ketika ini dia mula pukul kerana marah kamu bertanya tentang soal curangnya, segera pergi ke klinik dan dapatkan rawatan supaya ada rekod. Jika mahu bercerai atau membuat tuntutan, rekod tersebut boleh membantu.

*3 Jangan serang atau merayu pada pihak ketiga

Kebanyakan isteri-isteri bila tahu suami sudah curang, ramai yang akan mula mencari orang ketiga untuk menyerangnya atau merayu supaya tinggalkan suami.



Jangan sesekali melakukan perkara ini okay! Kalau kamu nak tahu bila kamu menyerang pihak ketiga, kamu akan nampak lebih jahat di mata suami. Jadi susahlah untuk menyelamatkan perkahwinan kamu.

*4 Ambil masa untuk bertenang dengan situasi ini

Memang sakit hati dan sebagainya tapi isteri perlu tahu pada waktu kritikal ini, kamu perlu bertenang terlebih dahulu. Bukan apa jika buat sesuatu yang melulu, kamu akan menyesal akhirnya. Ambil tindakan yang sewajarnya bila hati dan fikiran sudah tenang okay?

*5 Dapatkan sokongan dan nasihat daripada profesional



Sekiranya situasi ini menjadi lebih rumit dan suami tidak beri kerjasama untuk selesaikan dengan baik, kamu perlu dapatkan nasihat dan pendapat daripada orang yang berpengalaman atau profesional.

Tak kiralah ibu bapa, kaunselor atau pun pakar dalam masalah rumah tangga sekalipun. Sokongan dan nasihat daripada pihak ini sangat membantu untuk kamu kekal berfikir dengan waras tanpa melibatkan emosi.

Sekiranya perkahwinan boleh diselamatkan, lakukan yang terbaik dan termampu. Jika tidak, kamu tahu apa yang terbaik untuk hidup kamu dan anak-anak. Fighting! Mr

5 cara untuk isteri tangani suami curang



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jumpa kamu di alam lain Nad – Sharifah Sakinah



Aliff Syukri bengang pasal Ira dan Puteri Sarah

Berzina dengan ibu kandung

Saya tahu masalah Nad – Marsha Milan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker