Dron Iran, Mohajer-10 mampu serang sasaran Israel
MOHAJER-10 dikatakan membawa pelbagai jenis bom dan peralatan anti-radar.
Dron Iran, Mohajer-10 mampu serang sasaran Israel
TEHERAN: Iran memperkenalkan sebuah dron baharu yang dikatakan mampu menyerang sasaran di Israel.
Kementerian Pertahanan dan Logistik Angkatan Tentera Iran melancarkan Mohajer-10 kelmarin ketika pameran dan majlis menandakan Hari Industri Pertahanan.
Majlis itu turut dihadiri oleh Presiden Ebrahim Raisi serta komander kanan dalam tentera dan Kor Pengawal Revolusi Iran (IRGC).
Pesawat tanpa pemandu itu dilaporkan menyerupai MQ-9 Reaper yang dibangunkan oleh Amerika Syarikat (AS).
Beberapa rakaman video tular menunjukkan dron itu berlepas dari sebuah landasan yang tidak didedahkan nama, dan terbang di ruang udara.
Ia dikatakan mampu membawa pelbagai jenis bom dan peralatan anti-radar selain melakukan pengawasan.
Berdasarkan laporan media tempatan, versi terbaharu Mohajer boleh membawa kepala peledak seberat 300 kilogram (kg) dan terbang pada kelajuan maksimum 210 kilometer sejam (km/j) dengan 450 liter bahan api.
Jelas laporan itu, dron berkenaan boleh bergerak tanpa henti pada ketinggian 7,000 meter sehingga 2,000km yang bermakna ia boleh sampai ke Israel.
Media Iran turut menyiarkan sebuah poster yang memaparkan gambar Mohajer-10 sedang terbang dengan menghadap kemudahan nuklear Dimona di Israel.
Poster itu tertera perkataan `Bersedia untuk mengembara ke Zaman Batu’ dalam bahasa Farsi dan Ibrani.
Sementara itu, Ebrahim Raisi dalam majlis itu memaklumkan dua peluru berpandu balistik jarak jauh yang dilancarkan sebelum ini kini sedia untuk diserahkan kepada IRGC. Utusan
Dron Iran, Mohajer-10 mampu serang sasaran Israel
Baca Artikel Menarik:
- Siasat, jelas kepada umum ‘memo dalaman’ kes Najib, gesa Umno Pekan
- Lepuk kepala tanda kemesraan – Adun PAS
- Baru keluar penjara, dicekup cuba rogol nenek
- Sanusi 8, Amirudin 5
- Isteri lamar sahabat untuk suami
- Ketua Wanita dah bangkit, Ketua Pemuda bila lagi?
- Anwar perlu pertimbang lantik Johari sebagai Menteri Kewangan 2
- UMNO Negeri Sembilan dapat kurang dari 5 jawatan EXCO
- Pengetua Maahad Tahfiz dedahkan pada mahkamah Zahid tidak suka orang mengetahui ‘sedekahnya’
- ‘Panglimawati UMNO’ pertahan Zahid dari kritikan prestasi buruk BN
- Zahnita Wilson top model dulu sikit punya lawa, sekarang
- Fauziah jumpa baju penyondol
- Rumah berbumbung merah tak terbakar
- Saya tak halalkan dunia akhirat – Izzaidah Khairan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
10 tahun tunggu zuriat, isteri meninggal 3 bulan selepas bersalin [VIDEO]
You must be logged in to post a comment.