Harga emas tertinggi dalam sejarah

Harga emas tertinggi dalam sejarah

Harga emas mencecah paras tertinggi sepanjang masa, berikutan trend inflasi Amerika Syarikat (AS) yang perlahan, sekali gus meningkatkan jangkaan Rizab Persekutuan (Fed) untuk melaksanakan pemotongan kadar faedah pertama tidak lama lagi.

Spot emas meningkat 1.4 peratus kepada AS$2,448.98 (RM11,472.2) seauns atau RM368.84 segram setakat 0614 GMT, selepas mencecah paras tertinggi AS$2,449.89 (RM11,476.50) atau RM368.98 segram pada sesi dagangan umum.



Niaga hadapan emas AS meningkat 1.5 peratus kepada AS$2,453.20 (RM11,492) seauns atau RM369.48 segram.

Data minggu lalu menunjukkan isyarat inflasi yang semakin berkurangan dan pelabur kini menjangkakan peluang 65 peratus untuk pemotongan kadar AS menjelang September.

Indeks dolar pula kekal lemah, menjadikan jongkong berharga dolar AS lebih menarik kepada pembeli yang memegang mata wang lain.

Dolar AS yang lemah dan jangkaan pemotongan Fed tidak lama lagi telah membantu harga emas, kata penganalisis pasaran kewangan Capital.com, Kyle Rodday.



“Harga emas memasuki rekod tinggi menjelang pembukaan (pasaran) China hari ini. Namun, memandangkan langkah itu belum disahkan oleh dolar AS yang lebih lemah, ia nampaknya telah terperangkap ketidaktentuan kecil daripada niaga hadapan logam yang lebih tinggi di bursa China,” kata penganalisis kanan City Index, Matt Simpson.

China, pengguna utama jongkong dan majoriti logam industri, mengumumkan langkah bersejarah pada Jumaat untuk menstabilkan sektor hartanahnya yang dilanda krisis.

Dalam pada itu, harga perak juga mencapai paras kemuncaknya dalam tempoh lebih daripada 11 tahun.

Spot perak naik 1.9 peratus kepada AS$32.08 (RM150.28) selepas mencecah mencapai paras tertinggi dalam tempoh 11 tahun.



Secara relatifnya, harga perak adalah lebih rendah berbanding emas dan asas kukuhnya menyemarakkan minat pelabur. BH

Harga emas tertinggi dalam sejarah

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



TMJ nafi jadi dalang, seru semua pihak bersatu melawan keganasan

Ini modus operandi Rasulullah ke? Aqasha bersuara pasal #Blockout2024



Maaf ya pelakon bermasalah

Scha Alyahya hilang 100,000 pengikut Instagram



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker