MB baharu Selangor angkat sumpah Isnin ini

MB baharu Selangor angkat sumpah Isnin ini

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah memberi perkenan untuk istiadat angkat sumpah jawatan dan ikrar aku janji menteri besar Selangor yang baharu pada Isnin ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, istiadat itu akan berlangsung di Balairung Seri, Istana Alam Shah Klang, pada jam 11 pagi.



Kata kenyataan itu lagi, istiadat angkat sumpah jawatan dan ikrar aku janji Exco negeri juga berlangsung pada tempat dan tarikh sama, tetapi dilaksanakan pada jam 2 petang.

Bagaimanapun, kenyataan itu tidak menamakan siapa calon yang akan mengangkat sumpah sebagai menteri besar Selangor baharu itu.

Selangor adalah negeri terakhir yang belum melantik menteri besar selepas PRN enam negeri pada 12 Ogos lalu. Sultan Sharafuddin berada di London untuk mendapatkan rawatan dan baru pulang pada Selasa lalu.

Pada bulan lalu, Pengerusi Pakatan Harapan Anwar Ibrahim berkata Amirudin Shari dikekalkan sebagai menteri besar sekiranya gabungan itu berjaya mempertahankan Selangor dalam PRN.



Bagaimanapun, terdapat khabar angin bahawa Amirudin, yang berjaya mempertahankan kerusi Sungai Tua, tidak akan dilantik untuk penggal kedua.

Seorang pemimpin PKR memberitahu FMT, walaupun prestasi Amirudin sebagai menteri besar adalah baik tetapi beliau gagal mendapatkan sokongan orang Melayu dalam PRN baru-baru ini.

Amirudin dilantik sebagai menteri besar pada 2018 selepas PH berjaya meneruskan penguasaan di negeri itu pada PRU14.

Terdahulu hari ini, Anwar berkata persoalan mengenai siapa yang bakal menjadi menteri besar Selangor sudah “selesai”. FMT



MB baharu Selangor angkat sumpah Isnin ini

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Norreen Iman bakal disaman resort terkemuka Johor



Farid Kamil balas foto pegang tangan Diana Danielle

Pesawat terhempas: Saya sudah mati jika pecut – Pemilik dashcam (Video)



Tak sanggup tengok arwah merangkak sebut nama Allah – Saksi pesawat terhempas (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker