Kerajaan Melayu-Islam idea gila – Abdul Karim

Kerajaan Melayu-Islam idea gila – Abdul Karim

Seorang Jemaah Menteri Sarawak membidas cadangan gabungan NGO bagi pembentukan kerajaan Melayu-Islam dengan menyifatkan itu “idea gila”.

“Bagi saya ia idea gila memandangkan Malaysia negara berbilang etnik dan agama,” kata Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Abdul Karim Rahman Hamzah selepas menghadiri Jawatankuasa Pembangunan Belia Sarawak di Dewan Suarah Kuching.



“Sesiapa sahaja boleh mengeluarkan pandangan kerana kita adalah negara demokratik, walaupun (pandangan seumpama itu) tidak ideal kepada negara.”

Bagaimanapun, beliau berkata itu tidak bermakna idea seperti disebutkan secara automatik diterima kerajaan.

Karim, yang juga naib presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) mengulas cadangan dikemuka Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (Ummah), Zai Mustafa.

Pada Khamis, Focus Malaysia melaporkan Zai sebagai berkata keputusan PRN enam negeri minggu lalu memberikan isyarat rakyat mahu agenda penyatuan Melayu dan Islam ditegakkan di negara ini.



Beliau menyeru pemimpin parti politik Melayu Islam berlapang dada supaya agenda penyatuan ummah dapat diwujudkan demi kepentingan agama, bangsa, dan negara.

Zai menambah cadangan itu “wajar” mengambil kira lebih banyak kerusi Adun yang menyebelahi pemimpin Melayu Islam tidak kira parti Umno, PAS, Bersatu, Amanah mahupun PKR.

Semalam, Borneo Post melaporkan 12 NGO dan pertubuhan sivil dari Sabah dan Sarawak bimbang dengan cadangan dibuat Ummah.

Jurucakapnya, Peter John Saban, berkata cadangan itu “terpisah daripada realiti politik dan berkemungkinan tidak akan berlaku”.



Katanya, politik berasaskan kaum dan agama akan memusnahkan ekonomi negara. FMT

Kerajaan Melayu-Islam idea gila – Abdul Karim

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Norreen Iman bakal disaman resort terkemuka Johor

Farid Kamil balas foto pegang tangan Diana Danielle



Pesawat terhempas: Saya sudah mati jika pecut – Pemilik dashcam (Video)

Tak sanggup tengok arwah merangkak sebut nama Allah – Saksi pesawat terhempas (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker