Pesawat terhempas: Dengar letupan kuat, nampak mangsa rentung – Saksi


Antara ahli keluarga sampai di lokasi kejadian.

Pesawat terhempas: Dengar letupan kuat, nampak mangsa rentung – Saksi

“Saya terdengar bunyi letupan yang sangat kuat dan sebaik tiba di lokasi, saya nampak seorang mangsa terbakar rentung dalam keadaan terbaring,” kata saksi insiden pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang terhempas di Elmina, di Shah Alam hari ini.

Menurut Nur Alia Nordin, 28, semasa kejadian beliau berada dalam rumah di Kampung Kubu Gajah sebelum dikejutkan dengan bunyi letupan kuat menyebabkan beliau segera berlari keluar rumah untuk melihat punca bunyi tersebut.

“Saya nampak asap hitam dari lokasi kejadian iaitu tiga kilometer dari rumah dan terus bergegas ke tempat kejadian yang hanya mengambil masa tiga minit.

“Sebaik tiba, saya nampak sebuah motosikal dan pesawat sedang terbakar,” katanya kepada Bernama di lokasi kejadian di Shah Alam hari ini.

Tinjauan Bernama sekitar 4.21 petang mendapati pasukan penyelamat serta pihak berkuasa sudah berada di lokasi kejadian dan media tidak dibenarkan masuk ke lokasi kejadian.

Setakat ini, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan 10 orang maut dalam insiden berkenaan.

Pesawat terhempas: Dengar letupan kuat, nampak mangsa rentung – Saksi

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ira Kazar didakwa hamil, ini respon Yusof Haslam

Apa sudah jadi BCL?

Hanya salah faham, saya kerani bukan peguam – Fatiya Latiff

Diana Danielle dapat pengganti?

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker