McDonald’s Malaysia beri hidangan percuma kepada penghantar makanan hari ini

McDonald’s Malaysia beri hidangan percuma kepada penghantar makanan hari ini

McDonald’s Malaysia meraikan lebih 65,000 penghantar makanan seluruh negara dengan menawarkan set hidangan percuma di semua rangkaian restorannya hari ini.

Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran, McDonald’s Malaysia, Melati Abdul Hai, berkata inisiatif itu tidak hanya terhad kepada penghantar McDelivery, malah untuk semua penghantar lain yang menebus set hidangan percuma itu mulai jam 2 petang hingga 5 petang ini di semua restoran McDonald’s seluruh negara.



“Tahun ini kami berbesar hati untuk belanja 65,000 penghantar di seluruh negara dengan makanan daripada McDonald’s. Ia sebagai tanda kami mengucapkan terima kasih kepada penghantar makanan yang bukan sekadar menghantar makanan, tetapi juga membawa kenangan terindah kepada rakyat Malaysia.

“Mereka adalah penghubung untuk makanan kami yang lazat dan senyuman kegembiraan pelanggan. Melalui inisiatif ini, kami ingin memberi inspirasi kepada seluruh rakyat Malaysia untuk sama-sama menzahirkan penghargaan kepada semua penghantar di luar sana, dan membuatkan mereka sedar bahawa peranan mereka amat dihargai.

“Inisiatif ini adalah tahun yang ketiga dianjurkan dan kami berhasrat untuk meneruskannya pada setiap tahun sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada penghantar,” katanya.

Inisiatif #MekdiBelanjaRider #TerimakasihAbangRider itu adalah usaha restoran perkhidmatan pantas berkenaan mengajak rakyat Malaysia untuk sama-sama menzahirkan penghargaan kepada golongan penghantar yang sentiasa mengutamakan pelanggan.



Melati berkata, bagi memelihara kebajikan penghantar McDelivery, McDonald’s Malaysia memastikan mereka dilindungi oleh Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

“Sebagai sebuah syarikat yang prihatin, McDonald’s Malaysia menyediakan pelbagai faedah tambahan kepada penghantar McDelivery termasuklah makanan percuma pada masa-masa tertentu, tuntutan jarak perjalanan dan pakej telekomunikasi bagi meringankan beban dan memudahkan urusan kerja mereka.

“Lebih menarik, terdapat juga bonus istimewa bagi menggalakkan prestasi penghantar ini,” katanya. BH

McDonald’s Malaysia beri hidangan percuma kepada penghantar makanan hari ini



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ira Kazar didakwa hamil, ini respon Yusof Haslam



Apa sudah jadi BCL?

Hanya salah faham, saya kerani bukan peguam – Fatiya Latiff



Diana Danielle dapat pengganti?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker