Nassuruddin sebagai MB, Fadzli sebagai TMB dan sembilan Exco kelantan bakal angkat sumpah esok
Majlis angkat sumpah yang akan diadakan di Istana Negeri Kubang Kerian dekat sini pada Selasa dikatakan bakal menyaksikan Datuk Mohd Nassuruddin Daud sebagai Menteri Besar (MB) Kelantan dan Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan, Timbalan Menteri Besar (TMB).
Mereka juga dipercayai akan disertai sembilan Exco lain iaitu Mejar (B) Datuk Md Anizam Ab Rahman, Datuk Dr Izani Husin, Tuan Saripuddin Tuan Ismail serta Wan Roslan sebagai muka lama.
Sementara itu, muka baharu pula ialah Rohani Ibrahim (Tanjong Mas), Mohd Asri Mat Daud (Demit), Zamakhshari Mohamad (Apam Putra) dan Wan Rohimi Wan Daud (Melor).
Buat julung kalinya senarai Exco disertai oleh wakil daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) iaitu Pengerusinya, Datuk Kamaruddin Md Noor (Air Lanas).
Barisan senarai kepimpinan baharu kerajaan Kelantan ini mulai tersebar di WhatsApp serta media sosial lain pada petang Isnin.
Sementara itu sumber dalaman ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut.
Bagaimanapun sahih atau tidak senarai yang disebarkan ini ia bakal terjawab esok (Selasa) pada jam 3.30 petang.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Tukar ketua J-Kom segera – Adun DAP
- Aminuddin akan dilantik MB Negeri Sembilan semula
- Sanusi nak berbaik dengan Pusat
- Nabil terkejut Syafiq Kyle batal nikah dengan Mimi Lana
- Janna Nick masuk hospital akibat radang usus
- 2 minggu jiran dengar mangsa dera meraung, menangis
- Apa yang Melayu tak puas hati?
- PRN menunjukkan kita semakin hilang sokongan, kaji semula cara UMNO ditadbir
- Bersatu pun kalah banyak kerusi
- Dakwaan PAS perjuang Islam raih sokongan Melayu – Mufti
- Semua pemimpin UMNO perlu bertanggungjawab atas kekalahan PRN
- Syafiq Kyle Dan Mimi Lana Batal Nikah
- Ketua Pesuruhjaya SPRM bidas Hamzah, saman sajalah
- Farid Kamil cari ketenangan sertai tabligh selepas bercerai
Layari Laman Facebook MYKMU.NET