Ini rahsia mengapa Azmin berjaya menang di Hulu Kelang

SHAH ALAM – Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berpendapat bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali berjaya mengubah sentimen pengundi apabila tidak membalas sebarang serangan daripada mana-mana pihak sehingga berjaya meraih kemenangan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor pada Sabtu.

Menurutnya, walaupun Azmin dilabel sebagai pengkhianat, namun PRN kali ini memberi kejutan apabila undi masyarakat Melayu mula beralih kepada Perikatan Nasional (PN).

Jelasnya, sentimen yang dimainkan oleh penyokong Pakatan Harapan (PH) dilihat memberi kelebihan kepada calon PN meraih undi dalam kalangan masyarakat Melayu.

“Tetapi beliau berubah (menjelang PRN) menjadi ‘susuk tragis’ selepas semua orang menyerangnya, nak tamatkan riwayat politiknya di Hulu Kelang, itu sentimennya.

“Orang Melayu ini kalau dia tertekan dia boleh bertukar kepada watak tragis yang mendapat simpati orang lain,” katanya menerusi program podcast Keluar Sekejap bertajuk ‘post-match analysis’ sempena PRN 2023 bersama bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan dan bekas Ahli Parlimen Bangi, Dr Ong Kian Ming pada Isnin.

Pada Sabtu, Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menang di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Kelang dalam PRN enam negeri.

Ketua Penerangan PN itu meraih majoriti 1,671 undi selepas mendapat 25,597 undi sekali gus menewaskan pencabarnya Juwairiya Zulkifli dengan 23,980 undi.

Dalam pada itu, Khairy berkata, dengan rekod Azmin yang pernah memegang pelbagai jawatan penting dalam pentadbiran kerajaan tidak mustahil Selangor bakal menjadi ‘medan pertempuran’ yang baik bagi memastikan semak dan imbang itu berlaku secara adil.

Ujarnya, Pakatan Harapan (PH) perlu memainkan peranan penting bagi memastikan kedudukan mereka dapat dipertahankan.

“Selangor akan jadi medan pertempuran yang menarik walaupun orang nampak PN macam tidak ada kuasa, tetapi boleh menjadi pembangkang yang berwibawa,” jelasnya.

 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sebab UMNO kalah teruk

Kamal Adli takut buka media sosial

Sharnaaz, Amelia kongsi momen jatuh cinta

Bikini Amy Nur Tinie bikin panas

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker