UMNO Terengganu gesa Ahmad Said berundur

beri peluang muka baru pimpin parti

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said digesa berundur selepas kesemua 32 calon Barisan Nasional (BN) tewas dalam pilihan raya negeri (PRN), Sabtu lalu.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kemaman, Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid berkata, sebagai pemimpin yang berkaliber, Ahmad yang juga bekas Menteri Besar Terengganu perlu bertanggungjawab dengan kekalahan itu.

“Sudah tiba masanya untuk beliau berundur dan memberi peluang kepada muka baharu menerajui parti supaya ada idea-idea baharu yang dapat menguatkan lagi parti.



“BN negeri perlu dibuat rombakan dan dilakukan ‘rebranding’ dan ‘reengineering’ kerana BN dan UMNO Terengganu sangat lemah ketika ini,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Wan Ahmad Nizam berkata, Ahmad juga terlalu lama menerajui UMNO Kemaman sejak 23 tahun lalu.

“Di Kemaman sendiri, Ahmad menjadi Ketua UMNO Bahagian sejak tahun 2000, sudah lima kali berlaku pertukaran Ketua Pemuda namun Ketua Bahagian tetap individu sama,” katanya.

Dalam PRN itu, Ahmad yang bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal juga gagal mempertahankan kerusi yang disandangnya selama sembilan penggal.



Mengenai kemenangan Pas di 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), Wan Ahmad Nizam berkata, Pas berjaya mendapat apa yang mereka impikan, justeru parti itu perlu mengotakan janji mereka untuk rakyat.

“Sekarang masanya untuk Pas laksanakan hukum hudud seperti yang mereka perjuangkan sebelum ini.

“Keadaan negeri yang tiada pembangkang sebenarnya tidak bagus untuk pembangunan negeri kerana Pas bebas melakukan apa sahaja dan tiada semak dan imbang dalam pentadbiran kerajaan negeri yang akhirnya akan merugikan rakyat,” katanya

 



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sebab UMNO kalah teruk



Kamal Adli takut buka media sosial

Sharnaaz, Amelia kongsi momen jatuh cinta



Bikini Amy Nur Tinie bikin panas



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker